PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥duhai lelaki fahamilah 30 perasaan wanita♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

1) Apabila sorang wanita mengatakan dia sedang sedih,tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya

2) Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenagkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf

3) Wanita sukar untuk mencari benda dibenci tentang orang yang dia sayang.Lantaran itu,ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta putus ditengah jalan

4) Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain

5) Takkala lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya.dia akan cair seperti COKLAT dan sering kali dia akan cuba lari dari bertatapan mata denganmu!

6) Wanita memang sukakan pujiian tetapi selalu pula tidak tahu bagaimana mahu menerima pujian itu

7) Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8) Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika,sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan

9) Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10) Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.sesiapa pun akan terasa jika itu keluar dari mulut kamu,terutama orang yang kamu sayang.

11) Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh senda gurau

12) Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan RESPON POSITIF misalnya menghubunginya memlalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.perempuan suka jual mahal!!

13) Sekuntum SENYUMAN memberi seribu erti bagi wanita.jadi jangan senyum sebarangan.biasalah,perempuan adakalanya cepat perasan dan hatinya cepat terbuai.

14) Jika kamu menyukai wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.Jangan gelojoh kerana perempuan tidak suka lelaki gopoh

15) Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu

16) Tetapi jika dalam masa yang sama dia terus menghubungi kamu dan menunggu panggilan dari kamu,teruskan usaha untuk memikatnya sehingga dapat

17) Jangan sesekali MENGAGAK apa yang dirasakan.TANYA dia sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu

18) Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini terlebih awal.Dia lebih baik dari kekasih aku!

19) Kamu masih tercari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan diri menyelak buku-buku cinta.

20) Dalamnya cinta perempuan apabila menyelak album yang telah siap,gambar yang pertama dilihat adalan teman lelakinya.Begitulah juga kala membaca zodiak.Dirinya adalah yang ke dua selepas mengetahui hal kamu ,tahu?!

21) Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi LELAKI YANG DICINTAINYA sekarang akan berada di tempat istimewa iaitu dihatinya!!jadi,jangan cemburu kalau dia sesekali dia tersebut fasal "ex" nya.

22) Teman baiknya sahaja yang tahu segala yang sedang dia rasa dan lalui.Jalinkan hubungan baik bersama teman rapatnya.

23) Wanita PALING BENCI lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata mahu menambat hati kawan mereka yang paling cantik.Kalau kamu pernah lakukan,kamu betul-betul TAK GENTELMAN

24) Cinta bermaksud KESETIAAN,ambil berat,jujur,tiada rahsia dan kebahagian tanpa sebarang kompromi

25) Satu ucapan "hai" sahaja SUDAH CUKUP menceriakan harinya.Bayangkan kalau setiap pagi,kamu telefon mengucapkan "selamat pagi" dan di akhiri dengan "sweet dream" sebelum tidur

26) Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka SEPENUH HATI.Tolonglah lelaki,JANGAN MENDUSTAI KAMI :(

27) Senjata wanita adalah air mata!! tetapi jangan terperangkap dengan air mata palsu.

28) Wanita suka sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya,sekadar hadiah,bunga atau mugkin kad ucapan yang romantis.Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Percayalah,dia tidak akan cari yang lain

29) Wanita MUDAH jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.Apatah lagi jika kamu membawanya ke klinik ketika dia sedang sakit.Sumpah!!kamulah lelaki yang paling dikehendaki di abad ini.

30) Tidak susah menjaga hati wanita.Dia cuma mahu kamu menyayanginya SEPENUH HATI.Kalau benar kamu mencintainya,lihatlah bagaimana dia membalas segala kecintaan kamu itu.

susah sangat ke mahu MEMAHAMI dan menghalusi hati mereka ? fkirkan lah ye ..

p/s : hargai kehadiran mereka sebelum terlambat ..

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New