Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh words allowed here.. Click 'Hantar' sekali sahaja.. Big Clap
| Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada perhiasan atau perihal orang lain, Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah, Akal mengatakan wanita cantik atas ilmunya, Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri ini bersih dan sentiasa aman, Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Bersyukurlah diatas apa yang ada. ya Allah ya Rahman ya Rahim Jadikan lah aku wanita solehah Wanita yang rendah diri di sisi mu ya Allah Kuatkan lah Iman ku Teguhkan amalanku Kerana, syurga itu idaman ku Amin ya rabbal alamin ..
0 ♡ Comel yang komen ♡
|