PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
Sayangnya Allah pada kaum HAWA :)





Siapa kata jadi perempuan tu SENANG ?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Confirm dieowg x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool je..
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan ?
Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
Tiap" bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kemane-mane pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber je..
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit..
Tapi, kalo sekali sakit .. asyik nak marah" je kan ?
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je..
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan ?
Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat je sensitif.. tak percaya ??
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak" lagi.. macam xde perasaan ..
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?

TAPI..
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah..
ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil dengan kaum hawa ..
Kenapa Allah lebihkan lelaki ?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami ?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?
Sedangkan jadi perempuan tu sangatlah susah..
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan..
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan" kat luar sana yg merungut..
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang ?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang..
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil pada dieowg ..

Persoalannya sekarang..

Betul ke Allah x adil dengan perempuan ?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa..
Kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Masih tak adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MasyaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Betapa Allah sayangkan kaum hawa..
sampai perempuan dikasihi macam tuh sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni :

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah pada kaum hawa ..
Betapa cintanya Allah pada kaum hawa ..
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran" negatif yg tak berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan ?

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New