Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh words allowed here.. Click 'Hantar' sekali sahaja.. Big Clap
| Benci + Dendam ?
Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat seorang wanita tua yang sangat membenci serta dendam dengan Rasulullah s.a.w. Wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Baginda S.A.W sentiasa bersabar. Suatu hari ketika berjalan, Rasulullah melihat bahawa wanita tua yang suka menyakiti baginda Rasulullah tidak ada. Di tempat yang biasa baginda lalui selalu saja wanita itu menaburkan duri dan najis. Baginda Rasulullah kemudian bertanya kepada orang perihal wanita tua itu. Ternyata wanita tua itu telah jatuh sakit. Tiada seorang pun menziarahinya. Lalu baginda Rasulullah datang menziarahinya. Dibawanya hadiah.
Ketika berjumpa Rasulullah, wanita tua itu menyangka bahwa Rasulullah akan balas dendam dengannya. Wanita tua itu berkata, " Wahai Muhammad (dia memanggil Rasulullah dengan Muhammad saja), engkau hendak membalas dendam kepadaku ya! Mentang-mentang aku sakit?"
Baginda menjawab, " Tidak, aku dengar kamu sedang sakit, aku datang untuk menziarahimu. Ini ada buah tangan untuk kamu".
Maka menangislah wanita tua itu dan berkata, " Baru aku tahu bahwa orang yang paling aku tentang dan benci itu adalah orang yang paling baik."
Akhirnya wanita tua itu masuk Islam. Halus benar akhlak baginda Rasulullah, sebab itulah perjuangannya cepat berhasil. Akhlaklah yang berperanan penting. Orang boleh memeluk Islam hanya kerana terpikat oleh akhlak beliau.
Sangat luhur hati Rasulullah S.A.W kan ? Walau di benci dan di caci..
Walau di hina dan di maki.. Namun, hatinya tetap memaafkan setiap perbuatan mereka..
Cuba kaitkan dgn zaman skang ni.. Pantang je ade yg wat silap dgn kita..
Habis di makinya.. Tak puwas dgn makian.. Siap balas dendan balik..
Memang kita bukan Rasulullah S.A.W namun tak salah kalo kita contohi sifatnya..
Sesungguhnya, dendam tuh salah satu penyakit hati..
Apabila rasa permusuhan tumbuh dan suburnya, rasa kasih sayang akan hilang..
Akibatnya, ia merosakkan pendamaian..Jika da sampai tahap macam tu..
Maka, hilanglah keseimbangan diri dan kita akan cenderung melakukan dosa-dosa kecil..
Kemudian, ia akan diikuti dgn melakukan dosa-dosar besar..
Memang nampak macam simple tapi kalo kita biarkan..
Padah apabila hati kita penuh dgn dendam dan benci..
Hati yg sukar memaafkan org lain, susah utk redha dgn sesuatu..
Dan bila kita tak redha, susah nak dapat keberkatan hidup..
Jadi, biarlah kita jadi insan yg kaya dgn kemaafan..
Ingat, hidup di dunia ade turun naiknya..
Kalo sekarang, kita hukum orang lain atas perbuatan mereka..
Tak mustahil, satu hari nanti.. Allah S.W.T akan balikkan perasaan tu pada kita..
Nauzubillah.. Sama-sama kira renungkan.. :)
Okey ar.. Rasenye tak perlu Myra bercerita dgn panjang lebar..
Kite sama-sama da besar dan cukup matang..
Untuk menilai yg mana baik dan buruk :)
Moga Allah S.W.T sentiase mempermudahkan setiap urusan kita..
Amin :)
Jage diri dan hiasi peribadi.. Assalammualaikum w.b.t :)
0 ♡ Comel yang komen ♡
|