Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh words allowed here.. Click 'Hantar' sekali sahaja.. Big Clap
| Maaf ❤
Start with Bismillah. End it with Alhamdulillah.. Patience with SubhanAllah..
Promise with InshaAllah..Your life will be blessed by Allah..
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi nafas..
Masih diberi segala kesempatan untuk merasa nikmat hidup..
Dah lama Myra karang entry ni utk tatapan kawan'' Myra..
Cuma, masih belum bersedia untuk klik 'post'..
Terlalu banyak perkara yang Myra perlu renung''kan..
Terlalu banyak kekhilafan yang perlu Myra perbetulkan..
Myra terus beristiqamah agar Myra terus berubah utk menjadi yg lebih baik..
Kadang-kadang, bila kita beristiqamah untuk berubah menjadi lebih baik..
Macam-macam dugaan yang datang.. Dugaan hebat untuk menguji kita..
Namun, Myra tetap bertahan untuk terus menjadi lebih baik drpd sebelumnya..
Everyday is a new day for me to become a better muslimah..
Improve on things in my life..moga Allah S.W.T redha :)
Susah juge untuk kite berubah ni,lagi kite cube istiqamah lagi berat Ujian yg datang pada kite..
Hidup kite ni sentiasa diuji,diduga cume hanya kite..
Cuma mampu atau tak kite hadapinya dgn penuh tabah dan sabar..
Time for a change..Insha Allah I will try to istiqamah in doing it..
Pray for me n all sister, for one day I'll be a fully-covered girl, pious and istiqamah..
HIJRAH.. Bila dah buat keputusan, jangan berpatah balik...
Istiqamah dalam langkah, walaupun jalan yang nak lalu tu banyak duri :')
Kita mmg akan skit pd permulaan HIJRAH tp bila perubahan itu Lillahita'ala (kerana Allah Taala).. InshaAllah.. Doakan Myra ye kawan-kawan ? :')
Myra nak mohon maaf andai selama 24 tahun Myra hidup..
Myra banyak sakitkan hati mana-mana pihak.. Sama ada sengaja atau tak..
Kadang-kadang, Myra buat salah tanpa Myra sedar..
Myra manusia biasa yang tak pernah lepas dari buat kesilapan..
Namun, Myra tetap nak mohon seribu kemaafan pada semua orang..
Pada semua yang pernah Myra lukakan hati sama ada sengaja ataupun tidak..
Terlalu banyak kekhilafan yang Myra dah lakukan pada orang lain..
Subhanallah.. Ada yang sampai putus kawan sebab terlalu kecil hati dengan Myra..
Berdosanya Myra kerana perbuatan dan percakapan Myra dulu..
Buat orang sekeliling Myra da yang terasa hati dengan Myra..
Alhamdulillah.. Walaupun ada kawan-kawan yang pernah sakitkan hati Myra..
Myra dah maafkan seikhlas hati Myra.. Tiada secalit rasa marah dan dendam..
Myra dah taknak dendam atau simpan marah pada sesiapa..
Myra taknak kerana dendam dengan orang, hati Myra tak tenang..
Bila hati tak tenang, semua perkara Myra buat, serba tak kena..
Sesiapa yang terasa hati, marah dan sampai ke tahap benci pada Myra..
Apapun silap Myra, Myra mohon seribu kemaafan dan keampunan pada semua..
Moga Allah S.W.T redha dengan segala-galanya..
Maaf andai Myra pernah terkasar bahasa, tertengking atau buat sesuatu yang luar jangkaan..
Myra seikhlasnya.. Mohon kemaafan.. Maafkan Myra..
Myra rindukan kawan-kawan Myra baik daripada kawan Facebook, Blogger atau Twitter..
Moga Allah S.W.T sentiasa mempermudahkan segala urusan kita ye..
Myra sentiasa doakan semua kawan-kawan Myra..
Moga Allah S.W.T kurniakan segala kebaikan untuk kita.. Dunia dan akhirat..
Alhamdulillah.. Berkat kekuatan yang Allah S.W.T titipkan buat Myra..
Myra berjaya untuk hasilkan entry yang tak seberapa ni..
Moga Allah S.W.T terus melimpahkan kasih sayang serta belas kasih Nya pada kita..
Insha Allah.. Terima kasih pada mereka yg sudi membaca.. :')
0 ♡ Comel yang komen ♡
|