Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh words allowed here.. Click 'Hantar' sekali sahaja.. Big Clap
| Syukur Alhamdulillah, Ya Allah ❤
Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. Patience with Subhanallah..
Promise with Insha Allah.. Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Genap 4 bulan bergelar Isteri kepada Encik Zulkifli..
Perasaan Myra, hanya Allah S.W.T yang tahu..
Macam yang pernah Myra share dalam entry sebelum ni..
Alhamdulillah, Myra dikurniakan seorang suami yang sangat memahami..
Seorang yang sangat penyabar dan penyayang.. Hanya Allah S.W.T Maha Mengetahui..
Lepas bermacam-macam dugaan yang Allah S.W.T kirim buat kami..
Namun, kami tetap sabar kerana kami percaya ada hikmah di sebaliknya..
Kami tak pernah putus untuk terus berdoa dan berdoa.. Memohon pada Allah S.W.T..
Alhamdulillah.. Allah telah memakbulkan doa-doa kami..
Hanya Allah tahu ape yg kami rasakan.. Subhanallah.. Rasa terharu yang teramat..
Alhamdulillah.. Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah !
Hanya Allah S.W.T taw betapa kami bersyukur sangat-sangat..
Kurniaan Allah S.W.T yang tak ternilai.. Terlalu bernilai !
Sesungguhnya, perancangan daripada Allah S.W.T lebih hebat kan ?
Setiap dugaan dan ujian yang Allah S.W.T kirimkan, pasti ada hikmah..
Macam yang korang sedia maklum.. Bulan Januari yang lepas Myra admitted ward..
Myra selamat menjalani operation untuk buang appendic Myra..
Alhamdulillah.. Myra tetap sabar dan tabah untuk hadapi dugaan Allah S.W.T
"Kadang-kadang Allah S.W.T sembunyikan matahari..
Lalu Allah S.W.T berikan kita petir dan kilat..
Puas kita tercari-cari dimanakah matahari..
Namun, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang sangat indah"
Pernah dengar ? Subhanallah.. Ketentuan dan perancangan Allah S.W.T
Adalah sebaik-baik perancangan berbanding perancangan manusia..
Alhamdulillah.. Genap 4 bulan usia perkahwinan kami..
Allah S.W.T kirimkan kami ''amanah'' untuk kami jaga sebaik-baik mungkin..
Untuk kami didik dan bentuk akhlaknya seelok-eloknya..
Subhanallah.. Maha Suci Allah ˆ⌣ˆ Hadiah ulangtahun perkahwinan kami..
Alhamdulillah.. Lepas Myra dapatkan pengesahan doktor..
Myra kini disahkan hamil hampir 7 minggu.. Cepat mase berlalu..
Perasaan memang bercampur-baur.. Hanya Allah S.W.T Maha Mengetahui..
Perasaan bakal menjadi seorang 'Ummi dan Abi' memang terlalu indah ˆ⌣ˆ
Syukur Alhamdulillah.. Myra mohon kawan-kawan doakan Myra ye..
Doakan moga segalanya sempurna.. Amin ˆ⌣ˆ
* UPT yang Myra test lepas 5 hari Myra missed period..
Perasaan mase tuh, terlalu susah utk diungkapkan..
* Second UPT yang Myra try kat rumah sewa..
Myra repeat test after Myra missed period seminggu..
Alhamdulillah.. Then, terus ke klinik swasta nak confirmation doktor..
Alhamdulillah.. Genap 5 Minggu ˆ⌣ˆ
* Then, genap 6 Minggu.. Terus ke klinik kerajaan untuk buat buku pink..
Macam-macam kena check tapi Myra okey je..
Janji baby Myra dan Mr Hubby sihat ˆ⌣ˆ
* Haaaaa.. Gambar scan ketika 5 Minggu..
Subhanallah.. Bila tengok ada ''roh'' lain dalam rahim Myra..
Hanya Allah S.W.T apa yang Myra rasa.. Sebak :')
Zuriat hasil cinta Myra dan Mr Hubby..
* Usia baby Myra skang ni..Subhanallah.. Terima kasih, Ya Allah :')
Atas kurniaan Mu yang tak ternilai kepada kami..
Cepat masa berlalu.. Terlalu cepat..
Sesungguhnya, Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik utk setiap hambaNya..
Jangan pernah putus asa untuk berdoa dan minta pada Nya..
Walaupown skang ni Myra alami 'morning sickness'..
Namun, sejujurnya.. Myra bahagia, happy dan seronok..
Sebab Allah S.W.T beri peluang pada Myra untuk bergelar "Ummi" kelak..
Alhamdulillah.. Terima Kasih, Ya Allah !
Tak terhingga nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami..
Insha Allah.. Kami akan terus dan sentiasa beribadat kepada Mu..
Akan kami jaga ''amanah'' ini sebaik mungkin..
Moga dia akan lahir sebagai Mujahid dan Mujahidah Islam..
Insha Allah :') Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan Myra..
Amin.. So far, selera makan Myra agak kurang..
Tapi, Myra akan tetap makan utk make sure baby dapat serap apa yg Myra makan..
Buat masa ni, Myra tak alami alahan dengan Mr Hubby..
Lagi nak dekat dengan Mr Hubby taw.. Hehehe :')
Mr Hubby yang sangat penyabar layan kerenah Myra..
So far, takde mengidam nak makan yang pelik-pelik.. Hehehe ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Now, Myra banyakkan mengaji dan solat sunat..
Korang doakan moga segalanya sempurna okey ?
Rasanya cukup sampai sini je.. Thanks sebab sudi baca entry yang panjang ni..
Moga Allah S.W.T sentiasa permudahkan segala urusan kita..
Dunia dan akhirat.. Insha Allah ˆ⌣ˆ
Jaga diri.. Jaga iman.. Jaga aurat bagi wanita solehah dan jaga solat..
Assalammualaikum wbt ˆ⌣ˆ
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Ya Allah, peliharalah anak kami selama ia berada di dalam rahimku dan sihatkanlah dia..
Engkaulah yang menyembuhkan..
Tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit..
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada dirahimku dengan rupa yang baik..
Tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Mu dan kepada rasul Mu..
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat..
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal..
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya..
Fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
|