Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh words allowed here.. Click 'Hantar' sekali sahaja.. Big Clap
| Kami Diuji :')
Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah..
Patience with Subhanallah.. Promise with Insha Allah..
Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
30 April 2013 Seperti biasa, Myra balik rumah mak mertua di Melaka.. Lepas singgah rumah Ibu, terus gerak balik ke rumah mak mertua.. Time tuka baju, Myra tengok ada 'brownish spot' kat panties.. Memula rasa cuak tapi bila terfikir penah baca artikel pasal tu.. Terus rasa sedap hati dan tidur dengan nyenyaknya.. 01 Mei 2013 - Pagi Before Solat Subuh, Myra mintak Mr Hubby teman ke toilet.. Then, masa basuh Ms V.. Myra nampak ketulan-ketulan warna coklat.. Ala-ala macam kita mula-mula period.. Terus rasa tak sedap hati.. Lepas solat Subuh, terus text Nurse Klinik Desa yang selalu Myra check up.. Dia sarankan Myra ke hospital and scan.. Terus Mr Hubby bawak Myra ke Hospital Melaka.. Tunggu punya tunggu, terus dia refer ke bahagian O&G.. Sebab nak mintak doktor sakit puan scan perut Myra.. Memang mase tu tak rasa sakit langsung.. Siap boleh senyum dan gelak2.. Mase scan, doktor kata dia tak jumpa denyutan jantung baby Myra.. Perasaan masa tu, hanya Allah S.W.T yang tahu.. Then, doktor bagi cuti 2 minggu utk rest kat rumah.. After two weeks, dia akan repeat scan semula..Kami pown baliklah.. Malam Myra dah mula rasa sakit kat perut sampai pinggang.. Sakit macam sengugut tapi lebih teruk.. But, Myra tahan sampai maghrib.. Lepas solat Maghrib.. Rasa sakit makin teruk.. Sampai Myra tak boleh nak bangun.. Time tu, Myra tengok dah ada fresh blood kat panties.. Mr Hubby terus papah and bawak Myra ke hospital semula.. Dalam kereta, Myra sempat pesan kat Mr Hubby.. If jadi apa-apa, Myra cuma minta kami redha.. Sampai hospital, Myra terus dimasukkan ke CCU.. Cucuk branula untuk ambil darah.. Sakitnya bukan main.. Doktor datang dan pelbagai prosuder dijalankan.. Seksanya bukan kepalang.. Namun, Myra cuma kuatkan hati.. Berdoa moga Allah S.W.T beri kekuatan pada Myra.. Maka tidak putus-putus Myra berdoa..
semoga Allah SWT melindungi kandungan Myra..
Kerap kali juga Myra mengusap perut dan berbisik pada anak dalam kandungan..
Supaya kuat dan bertahan..Bertahanlah sayang sehingga kamu selamat dilahirkan ke dunia..
Sekali lagi, Myra dibawa ke O&G untuk discan.. Masih seperti pagi tadi..
Tiada denyutan jantung yang dapat dikesan.. Namun, baby Myra masih ada..
Doktor menyeluk ke dalam Ms V untuk merasa pintu rahim Myra..
Kemudian, Myra diberi ubat tahan sakit.. Bermulalah saat pahit itu..
Sakitnya bukan kepalang.. Berguling-guling Myra masa tu..
Menangis dan merayu, minta tolong.. Sangat sakit !
Pendarahan semakin banyak turun.. Semua serba tak kena..
Perut sakit memulas-mulas.. Rasa macam nak bersalin..
Sakitnya sampai ke pinggang.. Hanya Allah S.W.T Maha Mengetahui..
Dalam hati, Myra cuma mampu berkata sambil mengusap perut Myra..Sakit itu PENGHAPUS DOSA..Sakit itu PENAWAR JIWA..Sakit itu TANDA KASIH SAYANG dari yang Esa..Sakit itu UBAT untuk kita menghargai masa SIHAT.. |