♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..

Spread Your Words Here.
be nice ♡.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

My Little Princess Turn 1 Year Old.. ^_^ Counting Days.. 20 days LEFT !! ^_^
30 Jan 2015
Kami Redha :') ❤

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. 
Patience with Subhanallah.. Promise with Insha Allah.. 
Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Setelah sekian lama, menyepikan diri..
Sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab..
Entry kali niey sekadar luahan hati Myra..
Maaf sekiranya entry ni kurang menyenangkan mana-mana pihak..

Jika tidak lama dulu, Ummi dan Abi berasa gembira dan terharu..
Apabila mendengar berita tentang kehadiran kamu di dalam rahim Ummi... 
 Namun hari ini siapa menduga Abi dan Ummi telah berkongsi air mata..
Di atas pemergian kamu di dalam rahim Ummi juga !
Rasanya, terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita..
3 Bulan.. Satu jangka masa yang cukup singkat buat Abi dan Ummi..
Rasa belum puwas kami teruja dengan kehadiran kamu..
Mana taknya, setiap saat, setiap minit dan setiap hari..
Kamu membesar dalam rahim Ummi selama 3 bulan..
Setiap hari, Ummi akan beri salam pada kamu..
Solat dan mengaji sama-sama.. Ummi tak pernah jemu, sayang..
Rasa bahagia, cuma Allah S.W.T saja yang tahu..
Setiap kali kamu berdenyut, Ummi rasa terlalu bahagia..
Ummi sentiasa cuba untuk makan makanan yg berkhasiat..
Bagi memastikan kamu membesar dengan sihat dan sempurna..
Setiap hari, kita berdoa sama-sama.. Moga Allah S.W.T permudahkan urusan kita..
Setiap hari, kamu teman Ummi pergi kerja..
Sejujurnya, kamu cukup menyenangkan Ummi, sayang..
Kamu tak banyak kerenah.. Mungkin kerana kamu faham kita jauh dari Abi..
Ummi ingat lagi bila Ummi dan Abi tahu kehadiran kamu..
Betapa bersyukurnya kami, sayang..
Ketika itu, genap usia perkahwinan Ummi dan Abi 4 Bulan..
Kami ingat lagi.. Kamu cuma akan manja bila Abi dekat dengan Ummi..
Sesungguhnya, Ummi terlalu rindukan kamu.. Begitu juga dengan Abi..


SAYANG...
Terima kasih kerana kamu sempat memberi peluang dan ruang utk Abi dan Ummi..
Merasa akan kehadiranmu dalam kehidupan kami berdua !


SAYANG...
Dengan kehadiran kamu dlm rahim Ummi..
Ketahui lah bahawa kamu telah membuktikan yg Abi dan Ummi mampu..
Bergelar seorang Ummi dan Abi dengan sifat dan natijah semulajadi sepasang suami isteri
tanpa sebarang komplikasi !


SAYANG...
Ketahui lah dengan kehadiranmu... 
Ianya telah membuktikan yg Abi dan Ummi bukanlah pasangan suami isteri..
Yang hanya mahukan kehidupan 'enjoy' semata-mata !


SAYANG...
Sesungguhnya kehadiran kamu tanpa diduga.. 
Pemergiaan kamu juga terlalu tak diduga... 
Terima kasih sayang kerana sempat singgah dalam diari kehidupan Abi dan Ummi..
Walaupun untuk sementara sahaja !


SAYANG...
Maafkan Ummi kerana tidak dapat menjaga kamu sebaik mungkin..
Sewaktu kamu berada dalam rahim Ummi !
 Ummi sendiri tidak tahu dimana silapnya... 
Tetapi Abi dan Ummi redha... Redha dengan ketentuan Yang Maha Esa ini !


SAYANG...
Kehadiran kamu umpama sinaran pelangi dan cahaya permata yg berkilauan! 
Abi dan Ummi takkan sekali-kali melupakan kamu sayang... 
Kamu adalah permata hati kami yg abadi.. Hingga syurga Allah S.W.T..
Insha Allah :')


SAYANG...
Kehilangan mu tidak sesekali membuatkan Abi dan Ummi berputus asa... 
Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui apa yg terbaik buat Abi dan Ummi..
 Pasti ade hikmah yg tersembunyi disebalik segala kenangan pahit ini!


SAYANG...
Walaupun Abi dan Ummi sedih dengan kehilangan mu..
Tetapi kami sebagai hamba NYA yg lemah sangat redha dengan ujian Illahi ini! 
 Semoga kejadian pahit ini bakal bertukar menjadi peristiwa paling manis buat kami suatu hari nanti... Insha Allah ! Sesungguhnya ujian ini menguatkan lagi rasa cinta kami berdua dan jugak menguatkan kasih sayang kami kepada pencipta kami Yang Maha Esa !

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New