PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
New Spirit ❤

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah..
Patience with Subhanallah.. Promise with Insha Allah..
Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆAlhamdulillah..
Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah !
Masih diberi nikmat hidup atas muka bumi Nya..
Seribu kemaafan Mira hulurkan kerana terlalu lama berdiam diri..
Berdiam diri bukan tanda menyerah kalah.. Tapi, utk bina semula kekuatan..
Selepas kehilangan, Mira bangkit dengan semangat baru..
Redha dengan segala ketentuan Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Ibu mana tak sedih dengan pemergian permata hatinya..
Namun, menangis dan meratap bukan jalan yang bijak utk merelakannya pergi..
Berdoa dan redha dengan segala takdir Allah S.W.T adalah jalan paling baik..
Alhamdulillah.. Selepas apa yang berlaku pada Mira dan Mr Hubby..
Kami belajar sesuatu.. Belajar untuk terus bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Nya..
Alhamdulillah.. Kami bahagia dengan segala nikmat hidup pemberian Allah S.W.T..
Bersyukur kerana Allah S.W.T memberi pinjam nikmat tersebut walau seketika..
Insha Allah.. Mira dan Mr Hubby tetap kuat dengan setiap dugaan dan ujian Allah..
Walau perit untuk kami telan, tapi kami sentiasa cuba yang terbaik..
Kami takkan lupakannya kerana ia adalah kenangan manis kami..
Sempat bergelar Ummi dan Abi walaupun hanya 3 Bulan..
Itu sudah cukup membahagiakan kami.. Insha Allah ˆ⌣ˆ
Terima Allah atas segala nikmat kurniaan Mu.. Kami memanjat rasa syukur..
Berikanlah dan suburkanlah hati-hati kami dengan rasa sabar yang berkekalan..
Moga kami terus kuat dengan setiap ujian Mu kelak..
Terima kasih kepada Mr Hubby kerana tak jemu beri sokongan moral..
Sentiasa beri kata-kata semangat walau hakikatnya dia juga bersedih..
Indahnya ikatan perkahwinan.. Saling melengkapi antara satu sama lain..
Terima kasih atas segalanya, Sayang.. Ummi sayang Abi kerana Allah S.W.T !



Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak jemu doakan Mira..
Sahabat-sahabat yang sentiasa call dan text untuk bertanya khabar..
Masa ni ar.. kita akan kenal siapa kawan dan siapa lawan..
Subhanallah.. Terima kasih kerana mengutus mereka.. Syukur alhamdulillah..





Sayang.. Kamu akan tetap Abi dan Ummi kenang sampai bila-bila..
Sebab kamu akan tetap jadi permata hati kesayangan Abi dan Ummi..
Moga Allah S.W.T pelihara kamu di syurga.. Insha Allah :')
Terima kasih kerana kehadiran kamu cukup membahagiakan kami walaupun seketika..
Rasanya cukup sampai sini saja.. Terima kasih kerana sudi luangkan masa utk baca entry ni..
Sangat-sangat menghargai kehadiran kalian dalam hidup Mira..
Jaga diri.. Jaga aurat.. Jaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jaga solat.. Jaga batas-batas perhubungan.. Hiasi peribadi ˆ⌣ˆ
Moga Allah S.W.T terus merahmati kita semua.. Insha Allah ˆ⌣ˆ
Assalammualaikum wbt ˆ⌣ˆ



Ikhlas dari hati dengan penuh kasih sayang,
Mrs Mira ˆ⌣ˆ

1 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New