PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
Doa Seorang Isteri ♡

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah !
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Rahman !
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)..
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Ya Allah !
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu..
Sekiranya aku ingkar dan derhaka..
Berilah aku petunjuk kearah rahmatMu..

Ya Allah sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah..
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan..
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu..
Kerana aku sedar hinanya aku..
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu..
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu..
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu..

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah..
Isteri yang sentiasa dihati..
Amin Ya Rabbi Allamin..

Entry ni khas buat insan kesayangan Mira..
Selain keluarga, dialah harta Mira dunia dan akhirat..


Sayang..
Cepat masa berlalu.. Pejam celik..
Usia perkahwinan kita mencecah 8 bulan..

Sayang..
Terima kasih atas segalanya..
Kesabaran awak melayani kerenah saya..
Kesabaran awak dalam mengubah saya ke arah yang lebih baik..
Kelembutan dalam tiap bicara dan tutur kata awak..
Kelembutan awak dalam cara menasihati saya..
Mengajar dan mengingatkan saya dalam semua perkara..
Kekurangan saya dilengkapi leh segala kelebihan awak..
Tabahnya awak mengharungi segala dugaan yg Allah S.W.T kirim utk kita..
Ketabahan dan segala apa yg awak buat untuk saya..
Setia awak menemani saya sepanjang saya terlantar sakit di hospital..
Sama-sama kita berkongsi suka duka..
Tak putus-putus kata-kata semangat yang awak beri pada saya..

Sayang..
Betapa beruntungnya diri saya..
Tatkala awak sudi melamar saya untuk jadikan seseorang yang halal buat awak..
Sanggup menerima semua kekurangan diri saya kerana Allah S.W.T
Walaupun acapkali kita diuji.. Namun awak tetap di sisi saya..
Kata-kata awak dan semangat awak adalah kekuatan saya..
Tiada kata-kata yang mampu saya gambarkannya..
Semakin hari.. semakin saya sayang dan cintakan awak..
Alhamdulillah.. Terima kasih atas segalanya sayang..
Moga ikatan perkahwinan kita kekal hingga syurga Allah S.W.T..
Insha Allah :')

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New