PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
Dugaan ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah..
Patience with Subhanallah.. Promise with Insha Allah..
Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆAlhamdulillah..
Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah !
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Entry yang agak santai namun perkongsian yg sangat bermakna..
Dugaan dan ujian ? Semua org penah diuji oleh Allah S.W.T kan ?
Cuma yang membezakan kita semua, cara ujian yg Allah S.W.T kirim utk kita..
Allah S.W.T akan menguji kita dalam dua keadaan sama ada dengan kesenangan atau kesusahan..
Contohnya, Allah S.W.T memberikan harta dan rezeki yang melimpah ruah..
Allah S.W.T menguji macam tu sebab Allah S.W.T nak kita tahu erti bersyukur..
Ingat, setiap apa yg menjadi milik kita sekarang ni.. Jika dikehendaki Allah S.W.T..
Bila-bila Allah S.W.T boley tarik semula nikmat tu.. Jadi, bersyukurlah..
Kadang kala, Allah S.W.T uji kita dengan kesusahan.. 
Contohnya, kehilangan harta benda, org yg kita sayang dan sebagainya..
Sebab apa ? Simple ! Sebab kita selalu mintak Allah S.W.T bagi kita kekuatan..
Jadi, Allah S.W.T kirimkan hadiah berbentuk ujian dan dugaan yg buat kita kuat..
Senang kan ? Jadi, jangan mengeluh sekiranya di uji..
Jangan mempertikaikan nasib diri tatkala diri tersungkur diuji Allah S.W.T..
Sebab apa ? Kita 'jatuh' sebab Allah S.W.T nak kita belajar cara utk 'bangun' semula..


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya..
Al Baqarah 286..


 SubhanAllah.. Allah S.W.T Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Jadi, apa yg perlu kita buat saat diuji Allah S.W.T ??
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi..
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! 
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita..
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat atau lemah, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita..
Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin mampu hidup berseorangan..
Kita perlu ingat, akan ada 1001 dugaan dan ujian yg menunggu kita..
Maka, bersedialah ! Kuatkanlah hati agar tak mudah goyah..
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya..
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt..
Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 
Sesungguhnya, Allah S.W.T sebaik-baik perancang..
Jadi, bersabar dan teruslah bersabar.. Percayalah, setiap ujian mempunyai hikmah..
Tapi, ingat ! Jangan cuma cari Allah S.W.T bila kita diuji Allah S.W.T..
Allah S.W.T sentiasa ada utk kita.. Jadi, peliharalah hubungan kita dengan Nya..
Okaylah.. Last but not least.. Renungkan kata-kata ni..
Jaga diri.. Jaga solat.. Jaga aurat.. Jaga iman dan jaga ikhtilat..
Jazakallahu khairan kathira.. Maaf atas segala ketelanjuran Mira..
Assalammualaikum wbt :)


♡ Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. ♡
♡ Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..♡
♡ Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. ♡
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..♡
♡ Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. ♡


" ♡ Hidup ini indah jika bersama ALLAH S.W.T ♡ "

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New