PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
Ramadhan Al-Mubarak ❤


Kali ni, Mira nak share info yang berguna utk kita semua.. 
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman.. 
 Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak.. 
Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba.. 
 Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman.. 
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh menyedihkan.. 
Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat.. 
Iaitu (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini.. 
Tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan.. 
Antara 13 kesalahan dan kesilapan yg paling kerap dilakukan.. 
Jom sama-sama kita checklist diri kita okay?

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat.. 
Dan ada yang hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. 
 Orang macam ni, puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat kerana gagal menjaga solatnya..

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat.. 
Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung..

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD..

4. Lebih mementingkan urusan dunia dan akhirat yg kekal abadi..
Berebut mencari peluang utk mendapat keuntungan dunia drpd akhirat..

5. Semakin cepat marah.. 
Sepatutnya mengawal kemarahan kerana Ramadhan menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazar sehingga membazir ketika waktu berbuka puasa.. 
Sepatutnya kita elakkan pembaziran kerana ianya amalan syaitan laknatullah.. 

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun.. 
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan.. 
Sepatutnya, kita harus menggalakkan anak-anak beribadah.. 

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja.. 
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya.. 
Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat dan kelebihan puasa Ramadhan.. 
Sepatutnya kita mempunyai bekalan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan.. 
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." 
(An-Nahl:43).. Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'.. 
Melakukan gerakan-gerakan dalamsolatnya dengan amat cepat.. 
Sehingga menghilangkan maksud solat.. 
Mereka membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an dengan cepat..
Sedangkan ia sepatutnya dibaca secara tartil.. 
 Tidak tama'ninah (berhenti seketika) ketika ruku', sujud, i'tidal dan duduk antara dua sujud.. 
Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna.. 
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak tama'ninah dalam solatnya.. 
"Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih)

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja..

13. Tidak mahu bersahur sepanjang bulan Ramadhan.. 
"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
 Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; 
"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." 
(Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi).. 


Moga kita sama-sama perbaiki setiap kesilapan yg Mira share.. 
Sama-sama kita checklist diri.. Sesungguhnya, manfaatkan peluang ni.. 
Mungkin ini Ramadhan yg terakhir buat kita.. 
Moga ibadah puasa dan amalan kita diterima Allah S.W.T.. Insha Allah :')

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New