Alhamdulillah ♡
Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah..
Patience with Subhanallah.. Promise with Insha Allah..
Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆAlhamdulillah..
Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah !
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Entry yang agak touching tetapi cukup bermanfaat..
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah.. Genap 3 bulan pemergian permata hati kami..
Sejujurnya, kami sangat merindukannya..
Hanya kiriman doa dan surah yasin kami kirimkan utk kesayangan kami..
Alhamdulillah.. Kami semakin kuat..
Usapan terakhir di perut dengan ucapan "Ummi Redha, sayang.." mengiringi pemergiannya.
Seredha hati ini melepaskannya pergi..
Begitu juga redhanya 'Permata Hati' sendiri melepaskan dirinya berpisah dari kandungan ini.
Macam-macam kami pelajari daripada 'pemergiannya' sejak 3 bulan lalu..
Kami belajar utk lebih menghargai kehidupan yg Allah S.W.T kurniakan..
Kami belajar utk sentiasa bersedia, kuat dan tabah dalam menghadapi setiap ujian..
Kami belajar erti sabar dan terus bersabar dalam semua perkara..
Yang paling penting, kami belajar cara 'bangun semula' lepas kami 'jatuh'..
Kami berpeluang utk terus mendekatkan lagi diri kepada Allah S.W.T..
Sentiasa istiqamah dalam mencari keredhaan daripada Allah S.W.T..
Berusaha dan berubah ke arah yg lebih baik..
Maklumlah.. Kami manusia biasa yg kerap melakukan kesilapan..
Kadang-kala, kami sendiri alpa dan lupa.. Hanyut dalam arus duniawi..
Alhamdulillah.. Allah S.w.T kejutkan kami daripad terus bermimpi dengan lena..
Allah S.W.T kirimkan kami ujian dan dugaan sebagai tanda DIA mengingati kami..
Sebagai tanda DIA menyayangi serta mengasihi kami..
Alhamdulillah.. Kami nampak hikmah di sebalik semua ujian Nya..
Alhamdulillah, di sebalik kesedihan yang lalu..
Kami bersyukur, kerana hikmahnya besar..
Moga ianya akan terus menjadi milik kami.. Insha Allah..
Mudahan kasih-Nya itu membawa kami ke syurga..
Terima kasih, Ya Allah ! Syukur Alhamdulillah..
" Buat Permata Hati Kami.."
Sayang.. Moga kamu tenang di sana..
Kami akan sentiasa menyayangi serta merindui kamu..
Kerana kamu akan kekal permata hati Abi dan Ummi hingga Jannah Allah S.W.T..
Abi dan Ummi rasa bahagia dengan kehadiran kamu walaupun sementara..
Namun, Abi dan Ummi juga redha dengan pemergian kamu..
Kami amat menyayangimu..
Mungkin entry kali ni hambar tapi sekadar nukilan dari Mira..
Okaylah..Macam biasa.. Jaga diri.. Jaga solat.. Jaga aurat.. Jaga iman dan jaga ikhtilat..
Jazakallahu khairan kathira.. Maaf atas segala ketelanjuran Mira..
Assalammualaikum wbt :)
" ♡ Hasbunallah wa ni’mal wakil..
Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung.. ♡ "
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡
Older | New