Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh words allowed here.. Click 'Hantar' sekali sahaja.. Big Clap
| Renungan ♡
Menurut hadis Qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat pada anak2, '' Masuklah kalian ke dalam Syurga''
Anak-anak itu berkata: '' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''
Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi,
'' Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''
Mereka menjawab, '' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''
Allah pun berfirman, '' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''
(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah sumber dari sahabat Nabi SAW)
Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama' mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid", ertinya anak yang baru dilahirkan, iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh..
Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia..
Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran),
masuk syurga. "
Maksud hadis diatas adalah apa yang akan berlaku di Padang Mahsyar..
Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:
Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing..
Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Mahsyar..
Setelah itu mereka dikelilingi oleh haiwan-haiwan yang telah di aqiqahkan..
Serta apa saja yang ada sangkut-paut dengan mereka..
Juga dikelilingi oleh malaikat langitdi tingkat masing-masing..
Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu batu..
Juga dibakar oleh panasnya matahari, berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperi akan siksanya..
Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang meninggal ketika masih kecil..
Yang ibu bapanya redha melepaskan mereka..
Datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas air untuk diminum..
Apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagi selama di alam Mahsyar itu.
Demikian menurut beberapa Hadits.
Bermulalah hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing..
Yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang..
Kecuali orang-orang masuk syurga tanpa hisab.
Meniti titian sirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padang Masyar itu..
Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat meniti titian sirat yang pertama..
Mana yang sudah bersih benar baru di izinkan masuk syurga..
Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak
(yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga..
Tetapi mereka memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah..
Agar dapat masuk syurga bersama orang tua mereka..
Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga..
Tapi masih belum memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:
" Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu ".
Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.
" Kami tidak masuk sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan, kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami "..
Demikianlah mereka berhenti dekat pintu syurga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan.. Akhirnya keputusan yang dinanti-nantikan itu disampaikan dengan segera..
Dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui, "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian". Penegasan ini oleh Allah S.W.T iaitu dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar makna redha akan qada' dan qadar Allah S.W.T
Serta sabar dan dan memuji syukur ke hadrat Nya..
(Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk,CV. Diponegoro Bandung, 1984)
Tunggu entry seterusnya okay ? :)
Assalammualaikum wbt :)
0 ♡ Comel yang komen ♡
|