PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
Happy 1st Wedding Anniversary ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah..
Patience with Subhanallah.. Promise with Insha Allah..
Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆAlhamdulillah..
Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah !
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Cepat sangat masa berlalu.. Rasa sekejap sangat masa meninggalkan kita..
Alhamdulillah.. Terlalu cepat masa berlalu..
10 Nov 2013.. Genaplah setahun usia perkahwinan Mira bersama suami tersayang..
Alhamdulillah.. Sepanjang setahun, setiap hari adalah hari yg baru buat kami..
Kami sentiasa bercinta setiap hari.. Sentiasa rindukan antara satu sama lain..
SubhanAllah.. Kuatnya sebuah hubungan jika seikat dalam lafaz sakinah..
Alhamdulillah.. Segalanya ketentuan Allah S.W.T..
Dikurniakan seorang suami yang sangat-sangat memahami diri Mira..
Menerima segala kekurangan diri Mira..
Kerana baginya, kelemahan Mira adalah pelengkap pada kesempurnaan dirinya..
Begitu juga sebaliknya.. SubhanAllah.. Hanya Allah S.W.T yg tahu..
Betapa bersyukurnya diri Mira apabila dikurniakan seorang lelaki yg bergelar suami..
Alhamdulillah.. Indah dan cukup suci hubungan yg dibina kerana Allah S.W.T..
Kehidupan selepas bergelar isteri kepada sang suami adalah sangat indah..
Dialah teman, sahabat, kekasih dan juga suami.. Cukup sempurna..
Mira sentiasa berdoa agar ikatan perkahwinan kami kekal hingga Jannah Allah S.W.T..
Insha Allah :')



بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah !
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Rahman !
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)..
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..


Ya Allah !
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan diakhiratMu..
Sekiranya aku ingkar dan derhaka..
Berilah aku petunjuk kearah rahmatMu..


Ya Allah sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah..
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan..
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu..
Kerana aku sedar hinanya aku..
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu..
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu..
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu..


Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah..
Isteri yang sentiasa dihati..
Amin Ya Rabbi Allamin..


Last but not least.. Korang doakan kebahagiaan Mira dunia akhirat ye..
Moga kalian juga dikurniakan segala kebaikan di dunia dan akhirat..
Amin.. Okaylah..Macam biasa.. Jaga diri.. Jaga solat.. Jaga aurat.. Jaga iman dan jaga ikhtilat..
Jazakallahu khairan kathira.. Maaf atas segala ketelanjuran Mira..
Assalammualaikum wbt :)


" ♡ Love someone who will bring you straight to Jannah Allah S.W.T ♡ "

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New