Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh words allowed here.. Click 'Hantar' sekali sahaja.. Big Clap
| Arjuna Beta ♡
" Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur..Datang petir menyambar..Jengking dan ular.. Bonda takkan berundur..Nyamanlah arjuna beta.. Mimpikan yang indah sajaNanti bila kau buka mata.. Semua tak serupaKan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergiJalan betul, Anakanda.. Tak jelas mata..Ambil yang sarat duri..Hiduplah arjuna beta..Biarkan jasad yang luka..Selama tuhanmu ada..Takkan engkau tercela..Ngeri tak terbayang mata.. Bonda takkan ada sentiasa..Nanti moga kau tak lupa.. Bonda memujukmu, Anakanda.. "
Setiap bait liriknya.. Cukup menyentuh hati..
Mungkin sebab Mira juga seorang Ibu, Ummi, Mama dan Mak..
Naluri keibuan Mira tersentuh tatkala mendengar lagu ni..
Fikiran terus teringat pada Nur Insyirah.. Arjuna Hati Mira dan Abi..
Sangat-sangat menyentuh kalbu.. Allahu..
Cukup indah perasaan tu.. Perasaan seorang ibu..
Hanya mahukan yg terbaik utk permata hati kita.. Itu saja !
Tak kisah walau apapun risikonya.. Seorang ibu akan sanggup..
Asalkan permata hati kita gembira..
Tak mustahil.. Syurga di bawah telapak kaki ibu..
Perasaan yg sukar diungkapkan dengan kata-kata..
Mira ingat lagi bile Nur Insyirah dihantar ke Nursery sebab kuning..
Mase tu Mira dalam wad lagi.. Sedang menyusukan Nur Insyirah..
Nurse datang dan terus ambil Nur Insyirah..
Allah ! Perasaan yg sukar digambarkan.. Menitik air mata mase tu..
Call Mr Zauj dalam keadaan teresak-esak.. Hati risau bukan kepalang..
Setiap saat tu Mira takkan lupa.. Saat doktor pakar kanak-kanak call wad utk jumpa Mira..
Nurse hantar Mira ke Nursery gune wheelchair..
Setiap apa yg doktor pakar cakap.. Mira ingat sampai sekarang..
Mira cuma mampu mengangguk kepala sambil menangis..
Allah.. Allah.. Nur Insyirah masih kecil mase tu..
Sepanjang proses rawatan berjalan, Mira dengar tangisan Nur Insyirah..
Allahu.. Sayunya hati seorang ibu ketika tu.. Tak dapat digambarkan..
Mira gagahkan diri.. Kuatkan semangat demi Nur Insyirah..
Mira taw Nur Insyirah akan rasa ape yg Mira rasa..
Sebab kami pernah berkongsi rasa ketika Nur Insyirah masih dalam rahim Mira..
Tapi, Mira hanya manusia biase.. Seorang wanita dan seorang ibu..
Sekuat manapun Mira, akhirnya kalah juga tatkala air mata menitis..
Bibir Mira tak putus-putus berdoa.. Minta Allah selamatkan Nur Insyirah..
Merayu dan menangis.. Minta Allah jangan ambil Nur Insyirah drpd Ummi..
Cukuplah sekali Allah S.W.T jemput 'dia' utk jadi anak-anak syurga..
Mira cuba lakukan yg terbaik utk Nur Insyirah..
Asalkan Nur Insyirah selamat.. Allah ! Bantulah hamba Mu ini !!
Setiap kali Mira datang ke Nursery utk susukan Nur Insyirah..
Mira akan bagi salam dan dukung Nur Insyirah..
Sebaknya hanya Allah tahu.. Bila tengok tangan Nur Insyirah lebam..
Mungkin sebab doktor ambil darah..
Dan sebelah tangannya ada branula utk cucuk ubat antibiotik..
Setiap malam, Mira menangis bile tengok susu menitik.. Allah..
Setiap hari, Mira akan cakap pada Nur Insyirah..
"Cepat baik ye sayang ? Nanti boleh minum susu Ummi.."
Nampak macam kelakar kan ? Tapi, itulah hakikat perasaan seorang ibu..
Alhamdulillah.. Berkat doa Ummi dan Abi.. Nur Insyirah makin pulih..
Terima kasih, Ya Allah !! Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah !
0 ♡ Comel yang komen ♡
|