Bila Permaisuri Pulang ke Negeri Abadi
28 November 2022@10.30pagiSatu lagi tarikh keramat yg aku takkan lupakan sampai bila-bila..Sungguh perasaan aku ketika itu tak boleh nak diungkap..Kosong.. Aku tak mampu nak luah dengan kata-kata..
Pagi tu aku dapat call daripada adik perempuan aku yg jaga ibu..Katanya ibu cuba untuk kejutkan ibu tapi ibu tak bangun..Wallahi.. Jauh dalam sudut hati aku.. Aku kelu..Setelah 8 bulan ayahandaku pergi bertemu Allah S.W.TGiliran bondaku pula pulang ke negeri abadi..Kehilangan demi kehilangan yg aku rasakan masa tu..Dalam tahun yg sama, aku pulangkan semula hak Allah S.W.TAku redha dan aku berlapang dada bila ibu pergi..Mungkin kerana aku pernah tengok sakit terlalu lama..Arwah ayah jaga ibu pun hampir 12 tahun..
Wahai ibunda tercinta..Pulanglah dikau bertemu Sang Pencipta..Angah tahu lambat atau cepat Angah perlu pulangkan ibu semula pada yg lebih berhak..Cuma Angah masih perlukan kekuatan untuk hidup tanpa ayah ibu di sisi Angah..Angah kena ubah semua rutin hidup Angah..Memang tak mudah tapi InshaAllah.. Angah mampu.. Allah ada dengan Angah kan..
Wahai ibundaku..Walaupun hampir setahun ibu tinggalkan kami adik beradik..Tak mudah untuk kami luahkan dengan kata-kata..Kehilangan kedua keramat hidup Angah pada tahun yg sama..Bukan sesuatu perkara yg mudah untuk Angah 'move on' dengan cepat..33 tahun Angah terbiasa dengan susuk seorang ayah dan ibu..Jadi tidaklah mungkin utk Angah 'move on' dari segala rasa sedih dengan cepat..
Wahai ibunda tersayang..Terima kasih utk segala kasih sayang,penat lelah dan pengorbanan ibu selama ni..Maafkan Angah sekiranya terlalu banyak khilaf yg Angah buat pada ibu..Redha Angah sebagai anak ibu ya..InshaAllah.. Sejak ayah ibu pergi.. Tak penah putus doa Angah utk kalian..Moga Allah izinkan kita bersatu kat 'sana' nanti..
Ibu rehat ya.. Lama sangat dah ibu sakit..Sekarang ibu dah tak sakit macam dulu..
Al-fatihah Permaisuri Hatiku💖
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡
Older | New