PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Hancur hanya sebahagian dari cerita
16 Nov 2023
Sekadar Luahan

Hai korang..
Walaupun aku tau tak ramai yang jengah blog aku..
Tapi aku akan tetap menulis seperti aku pernah buat dulu..
Mungkin ini salah satu cara untuk aku luahkan apa yg aku rasa..
Sebenarnya kan terlalu banyak yg aku belajar selepas ayah ibu pergi..
Dan banyak perkara yg dah berubah sebenarnya..
Ramai tegur yg aku tak seceria dulu.. Tak suka gelak lagha macam dulu..
Mungkin ini salah satu hikmah yg Allah S.W.T nak tunjuk kat aku..
Hidup ini pinjaman semata-mata.. Takda yg akan kekal selain Allah S.W.T
Aku banyak mendiamkan diri dan kurang ambil pusing apa yg orang lain nak cakap..
Sebab aku rasa 'no point' utk kau argue sesuatu yg ending dia akan menyakitkan..
Sama ada kau sakitkan hati kau sendiri atau org lain.. Tak berbaloi kan?
Terlalu banyak benda yg aku dah lalui sejak ayah ibu pulang ke negeri abadi..
Tak mudah tapi InshaAllah aku akan okay.. No worries okay?
Aku belajar utk tak terlalu sayang pada suami dan anak-anak..
Maksud aku.. Ya aku sayang mereka.. Siapa tak sayang suami dan anak-anak kan..
Cuma aku mengutamakan Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w
Lepas ayah ibu pergi.. Aku jadi takut dengan kehilangan..
Jadi aku mula tarbiah, didik hati aku utk tak terlalu cintakan dunia..
Sebab semuanya akan kembali pada Allah S.W.T cuma kita tak tahu bila..
Selagi Allah S.W.T masih pinjamkan aku nafas dan kesihatan..
Aku nak gunakan sebaik mungkin.. 
Utk santuni mak abah mertua, suami dan anak-anak..
Tak lupa jugak utk mereka yg ada di sekeliling aku.. 
Tanpa jemu doakan kebaikan aku..
Sejujurnya, aku tak sihat macam aku yg dulu.. Lepas ayah pergi..
Aku semakin rasa tak okay.. Sakit itu ini.. Alhamdulillah utk ujian ini..
Lepas ibu pergi.. Pun semakin aku rasa tak sihat tapi banyak aku diamkan..
Tak semua aku share dengan adik beradik aku.. Mungkin sebab aku selesa diamkan diri..
Dulu aku banyak bercerita dengan ayah.. 
Namun lepas ayah pergi, aku hilang 'kawan baik'..
'Kawan baik' yg selalu tegur,nasihat,marah aku bila aku mula me'lagha'
'Kawan baik' tu jugak lah yg selalu kejut aku tahajjud..
Dan suka takutkan aku kalau tak bangun..
How i really miss all those text,call daripada susuk seorang ayah..
Mungkin ayah aku tak macam ayah orang lain.. 
Dia garang dengan aku.. Sejak kecik..
Aku pulak nakal.. Memang selalu lah kena marah,rotan dengan ayah..
Tapi bila aku toleh belakang balik.. Aku syukur ayah ibu tak manjakan aku..
Sebab campaklah aku kat mana pun.. InshaAllah aku boleh survive..

Wahai Tuhan yg Maha Pengasih dan Penyayang..
Terima kasih utk segala ujian yg telah Engkau kirimkan utk diri aku..
Ampunkan aku, Wahai Allah kerana aku jahil pada awalnya..
Aku mempertikaikan takdir yg telah Engkau atur utk aku..
Kejamnya aku.. 
Sedangkan banyak nikmat lain yg telah Engkau hadiahkan pada aku..
Ampunkan aku Wahai Tuhan yg Maha Pengampun..
Takkan aku minta utk Engkau ringankan ujian selepas ini..
Cuma aku mohon.. Bantulah setiap langkah aku dalam mengharungi ujian hidup..
Pinjamkanlah aku sifat sabar,tabah dan kuat yg tiada batas..
Aku yakin Tuhan.. Setiap takdir hidup aku, telah Engkau atur dengan penuh kasih sayang..
Peganglah aku dan aku mohon sangat-sangat..
Jangan pernah Engkau lepaskan diriku utk aku kawal dengan sendirinya..
Kerana aku takut bahawa aku akan lupa pada Engkau..

Duhai ayah dan ibu..
Terima kasih kerana sudi sayang,kasih,cinta akan anakmu ini tanpa batas..
Cinta ayah ibu takkan ada galang gantinya..
Wallahi.. Sebelum ni, Angah tak pernah terfikir secepat ini Angah kehilangan ayah ibu..
Namun Angah yakin.. Itulah yg terbaik utk Angah..
Barangkali Allah S.W.T terlalu rindukan Angah..
Walaupun keadaan Angah tak seperti dulu.. Kerap kali tak sihat..
Tapi Angah terima ujian ini dgn berlapang dada..
Angah tahu tak mudah tapi Angah akan cuba sedaya upaya Angah..
Utk jadi Hamba Allah yg terbaik sebelum sampai waktu Angah kembali bertemuNya..
Moga Allah S.W.T jemput Angah dalam keadaan yg paling diredhaiNya..
Ketahuilah wahai kesayangan Angah.. 
Selepas ketiadaan ayah ibu.. Banyak hikmah yg Angah nampak..
Sungguh, Allah Maha Baik..
Terima kasih ayah ibu.. Selalu nasihat dan tegur Angah sepanjang 34 tahun..
Lusa hari lahir Angah.. 
Lain rasanya bila ayah ibu takda utk Angah call..
Tak sama seperti tahun sebelumnya.. Mesti Angah akan call ayah ibu..
Ucap terima kasih sebab sudi membesarkan anakmu ini..
Moga ayah ibu juga redha dengan Angah ya..
Tenanglah ayah ibu di sisi Allah S.W.T
InshaAllah kelak Angah akan menyusul dan moga Allah izinkan kita bertemu semula..



Al-fatihah buat kedua keramat hidupku..
Allahyarham Amir bin Shahabudin (06 Okt 1957-15 Mac 2022)
Allahyarhamah Rugayah bt Hj Ya'akup (22 April 1957-28 Nov 2022)

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older