PAUSE HERE
♡ A Moment in Time ♡
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Mrs Myra..Yayyy ! I'm MARRIED ! Welcome to my love story :)


Entries About Linkies


Walking Talking

Letak link anda yang betul..
No Harsh words allowed here..
Click 'Hantar' sekali sahaja..


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Berdamai dengan takdir
20 Oktober 2025
Sekadar Luahan

Hai korang..
Walaupun aku tau tak ramai yang jengah blog aku..
Tapi aku akan tetap menulis seperti aku pernah buat dulu..
Mungkin ini salah satu cara untuk aku luahkan apa yg aku rasa..
Sebenarnya kan terlalu banyak yg aku belajar selepas ayah ibu pergi..
Dan banyak perkara yg dah berubah sebenarnya..
Ramai tegur yg aku tak seceria dulu.. Tak suka gelak lagha macam dulu..
Mungkin ini salah satu hikmah yg Allah S.W.T nak tunjuk kat aku..
Hidup ini pinjaman semata-mata.. Takda yg akan kekal selain Allah S.W.T
Aku banyak mendiamkan diri dan kurang ambil pusing apa yg orang lain nak cakap..
Sebab aku rasa 'no point' utk kau argue sesuatu yg ending dia akan menyakitkan..
Sama ada kau sakitkan hati kau sendiri atau org lain.. Tak berbaloi kan?
Terlalu banyak benda yg aku dah lalui sejak ayah ibu pulang ke negeri abadi..
Tak mudah tapi InshaAllah aku akan okay.. No worries okay?
Aku belajar utk tak terlalu sayang pada suami dan anak-anak..
Maksud aku.. Ya aku sayang mereka.. Siapa tak sayang suami dan anak-anak kan..
Cuma aku mengutamakan Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w
Lepas ayah ibu pergi.. Aku jadi takut dengan kehilangan..
Jadi aku mula tarbiah, didik hati aku utk tak terlalu cintakan dunia..
Sebab semuanya akan kembali pada Allah S.W.T cuma kita tak tahu bila..
Selagi Allah S.W.T masih pinjamkan aku nafas dan kesihatan..
Aku nak gunakan sebaik mungkin.. 
Utk santuni mak abah mertua, suami dan anak-anak..
Tak lupa jugak utk mereka yg ada di sekeliling aku.. 
Tanpa jemu doakan kebaikan aku..
Sejujurnya, aku tak sihat macam aku yg dulu.. Lepas ayah pergi..
Aku semakin rasa tak okay.. Sakit itu ini.. Alhamdulillah utk ujian ini..
Lepas ibu pergi.. Pun semakin aku rasa tak sihat tapi banyak aku diamkan..
Tak semua aku share dengan adik beradik aku.. Mungkin sebab aku selesa diamkan diri..
Dulu aku banyak bercerita dengan ayah.. 
Namun lepas ayah pergi, aku hilang 'kawan baik'..
'Kawan baik' yg selalu tegur,nasihat,marah aku bila aku mula me'lagha'
'Kawan baik' tu jugak lah yg selalu kejut aku tahajjud..
Dan suka takutkan aku kalau tak bangun..
How i really miss all those text,call daripada susuk seorang ayah..
Mungkin ayah aku tak macam ayah orang lain.. 
Dia garang dengan aku.. Sejak kecik..
Aku pulak nakal.. Memang selalu lah kena marah,rotan dengan ayah..
Tapi bila aku toleh belakang balik.. Aku syukur ayah ibu tak manjakan aku..
Sebab campaklah aku kat mana pun.. InshaAllah aku boleh survive..

Wahai Tuhan yg Maha Pengasih dan Penyayang..
Terima kasih utk segala ujian yg telah Engkau kirimkan utk diri aku..
Ampunkan aku, Wahai Allah kerana aku jahil pada awalnya..
Aku mempertikaikan takdir yg telah Engkau atur utk aku..
Kejamnya aku.. 
Sedangkan banyak nikmat lain yg telah Engkau hadiahkan pada aku..
Ampunkan aku Wahai Tuhan yg Maha Pengampun..
Takkan aku minta utk Engkau ringankan ujian selepas ini..
Cuma aku mohon.. Bantulah setiap langkah aku dalam mengharungi ujian hidup..
Pinjamkanlah aku sifat sabar,tabah dan kuat yg tiada batas..
Aku yakin Tuhan.. Setiap takdir hidup aku, telah Engkau atur dengan penuh kasih sayang..
Peganglah aku dan aku mohon sangat-sangat..
Jangan pernah Engkau lepaskan diriku utk aku kawal dengan sendirinya..
Kerana aku takut bahawa aku akan lupa pada Engkau..

Duhai ayah dan ibu..
Terima kasih kerana sudi sayang,kasih,cinta akan anakmu ini tanpa batas..
Cinta ayah ibu takkan ada galang gantinya..
Wallahi.. Sebelum ni, Angah tak pernah terfikir secepat ini Angah kehilangan ayah ibu..
Namun Angah yakin.. Itulah yg terbaik utk Angah..
Barangkali Allah S.W.T terlalu rindukan Angah..
Walaupun keadaan Angah tak seperti dulu.. Kerap kali tak sihat..
Tapi Angah terima ujian ini dgn berlapang dada..
Angah tahu tak mudah tapi Angah akan cuba sedaya upaya Angah..
Utk jadi Hamba Allah yg terbaik sebelum sampai waktu Angah kembali bertemuNya..
Moga Allah S.W.T jemput Angah dalam keadaan yg paling diredhaiNya..
Ketahuilah wahai kesayangan Angah.. 
Selepas ketiadaan ayah ibu.. Banyak hikmah yg Angah nampak..
Sungguh, Allah Maha Baik..
Terima kasih ayah ibu.. Selalu nasihat dan tegur Angah sepanjang 34 tahun..
Lusa hari lahir Angah.. 
Lain rasanya bila ayah ibu takda utk Angah call..
Tak sama seperti tahun sebelumnya.. Mesti Angah akan call ayah ibu..
Ucap terima kasih sebab sudi membesarkan anakmu ini..
Moga ayah ibu juga redha dengan Angah ya..
Tenanglah ayah ibu di sisi Allah S.W.T
InshaAllah kelak Angah akan menyusul dan moga Allah izinkan kita bertemu semula..



Al-fatihah buat kedua keramat hidupku..
Allahyarham Amir bin Shahabudin (06 Okt 1957-15 Mac 2022)
Allahyarhamah Rugayah bt Hj Ya'akup (22 April 1957-28 Nov 2022)

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Bila Permaisuri Pulang ke Negeri Abadi

28 November 2022@10.30pagi
Satu lagi tarikh keramat yg aku takkan lupakan sampai bila-bila..
Sungguh perasaan aku ketika itu tak boleh nak diungkap..
Kosong.. Aku tak mampu nak luah dengan kata-kata..

Pagi tu aku dapat call daripada adik perempuan aku yg jaga ibu..
Katanya ibu cuba untuk kejutkan ibu tapi ibu tak bangun..
Wallahi.. Jauh dalam sudut hati aku.. Aku kelu..
Setelah 8 bulan ayahandaku pergi bertemu Allah S.W.T
Giliran bondaku pula pulang ke negeri abadi..
Kehilangan demi kehilangan yg aku rasakan masa tu..
Dalam tahun yg sama, aku pulangkan semula hak Allah S.W.T
Aku redha dan aku berlapang dada bila ibu pergi..
Mungkin kerana aku pernah tengok sakit terlalu lama..
Arwah ayah jaga ibu pun hampir 12 tahun..

Wahai ibunda tercinta..
Pulanglah dikau bertemu Sang Pencipta..
Angah tahu lambat atau cepat Angah perlu pulangkan ibu semula pada yg lebih berhak..
Cuma Angah masih perlukan kekuatan untuk hidup tanpa ayah ibu di sisi Angah..
Angah kena ubah semua rutin hidup Angah..
Memang tak mudah tapi InshaAllah.. Angah mampu.. Allah ada dengan Angah kan..

Wahai ibundaku..
Walaupun hampir setahun ibu tinggalkan kami adik beradik..
Tak mudah untuk kami luahkan dengan kata-kata..
Kehilangan kedua keramat hidup Angah pada tahun yg sama..
Bukan sesuatu perkara yg mudah untuk Angah 'move on' dengan cepat..
33 tahun Angah terbiasa dengan susuk seorang ayah dan ibu..
Jadi tidaklah mungkin utk Angah 'move on' dari segala rasa sedih dengan cepat..

Wahai ibunda tersayang..
Terima kasih utk segala kasih sayang,penat lelah dan pengorbanan ibu selama ni..
Maafkan Angah sekiranya terlalu banyak khilaf yg Angah buat pada ibu..
Redha Angah sebagai anak ibu ya..
InshaAllah.. Sejak ayah ibu pergi.. Tak penah putus doa Angah utk kalian..
Moga Allah izinkan kita bersatu kat 'sana' nanti..

Ibu rehat ya.. Lama sangat dah ibu sakit..
Sekarang ibu dah tak sakit macam dulu..

Al-fatihah Permaisuri Hatiku💖




0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Al-Fatihah Kesayanganku💖


15 Mac 2022@9.43pagi

Satu tarikh keramat yg Mira takkan lupakan sampai bila-bila..
Pemergiaan ayahanda tercinta sangat beri kesan pada Mira..
Allah lebih sayangkan ayah..

Angah sangat kenal ayah..
Daripada dulu, ayah tak suka nak susahkan sesiapa pun..
Ayah selalu cakap dengan Angah..
Ayah nak pergi dalam keadaan berpuasa.. Waktu pagi dan Hari Jumaat..
Allah Maha Baik.. Allah jemput ayah dalam keadaan yang sangat tenang..
Allah makbulkan dua daripada tiga doa yang selalu ayah ulang selama ni..

Allah jemput ayah dalam keadaan ayah tiga hari berpuasa dan waktu pagi..
Angah masih lagi teringat senyuman ayah..
Ayah nampak Angah datang jenguk ayah kat wad pada 12 Mac 2022..
Terus ayah senyum masa tu.. Senyuman terakhir yg angah takkan pernah lupa..

Ayah nak tau tak.. Suami angah perasan yang angah dah lain sikit..
Dah kurang nak bercakap, gelak..
Wallahi.. Pemergiaan ayah turut bawa separuh jiwa Angah pergi..
Ramai yang tegur angah..
Angah sangat persis ayah.. Raut muka.. Lagak jalan..
Hanya Allah tahu apa yang angah lalui saat ni..

Semuanya seakan mimpi.. Angah jumpa ayah kali terakhir di ICU..
Ayah nampak penat sangat.. Nurse cakap boleh kejutkan ayah..
Tapi, Angah tak kejut sebab Angah tak sampai hati..
Farhan cakap ayah buka mata, bersembang dengan dia petang Isnin tu..
Dia orang terakhir yang dapat jumpa, cium dan salam ayah..
Dalam keadaan ayah masih lagi bernyawa..

Sekejap rasanya Allah pinjamkan ayah buat angah..
Ayah ajar semua benda kat angah..
Tapi, ayah terlupa nak ajar angah sesuatu..
Ayah tak ajar Angah macam mana nak teruskan hidup tanpa ayah..

Allah Maha Baik..
Dua minggu sebelum ayah sakit dan masuk wad..
Angah mimpi ayah.. Dua malam berturut-turut..
Angah cerita dengan suami Angah.. Mungkin Angah rindukan ayah..
Rupanya Allah dah bagi tanda kat Angah yg masa kita tak lama..

Angah rindu segalanya tentang ayah..
Angah selalu doakan kesejahteraan ayah kat sana..
Walaupun ayah dah takda.. InshaAllah angah akan okay..
Biar masa merawat semuanya.. 

Moga kita bersua dan bersatu kat sana ya..
Tiada lagi peluk cium ayah kat angah setiap kali angah balik jenguk ibu ayah..
Tiada lagi gelak tawa dan usikan kasar ayah..
Takda lagi call daripada ayah, mengadu keluh kesah ayah..
Angah redha Allah ambil ayah.. Angah tahu ayah orang yang sangat baik..
Sebab tu Allah jemput ayah dulu sebelum kami..

Ayah rehat ya.. Dah terlalu penat ayah selama ni..
Moga Allah S.W.T temukan kita kat sana nanti..
Angah terlalu sayangkan ayah💖

Al-fatihah kesayanganku 💖


Untuk korang yang mendoakan..
Terima kasih Mira ucapkan..
Tiada apa yg mampu Mira balas..
Moga segala doa yg baik-baik berbalik pada kalian..
Aamin aamin..

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

I'm back 💖

Hai kesayangan semua..
Lama sangat kita tak bersua kan..
Dalam sangat aku mendiamkan diri daripada dunia blogging..
Kalau dulu menulis blog adalah kesukaan aku..
Sekarang komitmen aku 100% berubah kepada keluarga aku yang makin besar..
Alhamdulillah untuk nikmat yang satu ini..
Masih dipinjamkan nafas, kesihatan tubuh badan walaupun kadang kala on off..
Masih dipinjamkan nikmat nadi yang masih berdenyut..

InshaAllah.. Mungkin lepas ni aku akan cuba untuk aktif semula..
Walaupun aku rasa tak ramai yang tahu kewujudan blog ni..
Cukup antara aku meluahkan segenap rasa yg aku ada..

Terima kasih untuk korang yang masih setia support aku..Haha..
Bagilah chance aku feeling-feeling glamour gituuuu :p
Jaga diri semua.. Assalammualaikum kesayangan :)










0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Kesayangan Abi & Ummi ♡


Assalammualaikum Cahaya Kelegaan dan Kegembiraan Hati Abi dan Ummi..
( Nur Insyirah )

Sayang..
Ketahuilah.. Kamu adalah hasil cinta halal antara Abi dan Ummi..
Saat Ummi tahu kehadiran kamu di dalam rahim Ummi..
Semuanya berubah.. Ummi bersyukur..
Bersyukur kerana Allah S.W.T kurniakan pengganti abg kamu..
Tak pernah Ummi jangka bahawa Allah akan kurniakan kamu secepat ini..
Abi dan Ummi bahagia.. Bahagia sebagaimana Ummi kandungkan abg kamu..

Sayang..
Sejak kamu hadir dalam rahim Ummi..
Ummi sentiasa doakan keselamatan dan kesihatan kamu..
Moga kamu membesar dengan baik dalam rahim Ummi..
Impian Abi dan Ummi.. Melihat kamu membesar..
Lahir dengan selamat.. Membesar di hadapan mata kami..
Dan moga menjadi mujahidah Islam yang sejati..

Sayang..
Walaupun Ummi alami alahan yg teruk masa Ummi kandungkan kamu..
Tapi, Ummi bersyukur.. Bersyukur kerana Allah S.W.T makbulkan doa Ummi..
Itu janji Ummi dengan Allah S.W.T..
Ummi rela, Sayang.. Asalkan Allah S.W.T sentiasa memelihara kamu..
Beri Ummi kesempatan untuk lahirkan kamu ke dunia..
Untuk melengkapkan keluarga kecil kita.. :')

Sayang..
Alhamdulillah.. Abi sentiasa ada di sisi Ummi.. Di sisi kita..
Ummi tahu.. Jauh dalam hati Abi.. Abi risaukan Ummi.. Risaukan kita..
Bila Ummi muntah.. Ummi tak lalu nak makan.. Abi pun putus selera..
Bila Ummi mengidam.. Abi akan cari sampai jumpa..
Allahuakbar.. Ummi tahu.. Abi akan jadi Abi yg baik utk kita..

Sayang..
Ummi masih ingat lagi.. Waktu Ummi hampir lahirkan kamu..
Ummi admit ward tiga kali.. Ummi tak merungut..
Ummi yakin.. Allah lebih tahu ape yg terbaik utk kita..
Sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T..

Sayang..
Ummi akan ingat tarikh Ummi lahirkan kamu..
Walaupun Ummi tak berpeluang utk lahirkan kamu secara normal..
Namun, Allah beri Ummi peluang utk rasa sendiri rasa sakit itu..
Indah ! Rasa sakit yg indah.. Indah sebab Ummi nak jumpa kamu..

Sayang.. 
Ummi selalu terbayangkan.. Fikirkan.. Macam mana lah muka kamu nanti..
Si kecil yg selalu buat exercise dalam perut Ummi..
Pasti Ummi akan rindukan setiap saat ketika kamu dalam perut Ummi..
Ummi ingat lagi.. Sebelum Ummi ditolak masuk ke dewan bedah..
Ummi pesan pada Abi.. Sekiranya perlu untuk memilih satu antara kita..
Ummi minta Abi pilih kamu supaya kamu diberi peluang utk hidup di dunia..
Ummi tak kisah sekiranya nyawa Ummi jadi galang gantinya..
Asalkan kamu selamat.. Sejujurnya.. Ummi tak tahu dari mana datang semangat tu..
Abi hantar Ummi ke dewan bedah.. Ummi salam dan Abi kucup dahi Ummi..
Ummi mohon Abi maafkan semua salah silap Ummi..
Andainya itu pertemuan yg terakhir antara Abi dan Ummi..
Ummi nampak.. Mata Abi mula bergenang masa tu..
Redha, Sayang.. Itu yang Ummi pinta pada Abi..
Sejujurnya.. Ummi bangga dapat kurniakan seorang zuriat utk Abi..
Seorang cucu untuk Atok dan Nenek..

Sayang..
Apa yg Ummi lalui dalam bilik pembedahan tu..
Waktu pertama kali, Ummi dengar tangisan kamu..
Sekejap.. Ummi rasa seolah-olah dikejutkan daripada mimpi..
Allahuakbar.. Perasaan.. Sukar digambarkan dengan kata-kata..
Pertama kali, nurse temukan Ummi dengan kamu..
Tunjuk kamu pada Ummi.. Itulah waktu kamu berjaya curi hati Ummi..
Allahurabbi.. Terlalu indah.. Ummi beri salam dan cium kamu masa tu..
Ummi terus suruh nurse serah pada Abi.. Untuk Abi qamatkan kamu..

Sayang..
Ketahuilah.. Ummi menyayangi kamu setiap detik.. Setiap saat..
Semua yg Ummi buat.. Ummi lakukan.. Untuk kamu, Sayang..
Ummi akan cuba jadi Ummi yang terbaik untuk kamu..
Mungkin.. Abi dan Ummi tak kaya dgn harta dunia..
Inshaa Allah.. Kami akan kayakan kamu dgn kasih sayang..
Didikan agama.. Didikan akhlak yg terpuji..
Moga kamu membesar dgn baik dan sempurna..
Itu impian Abi dan Ummi..

Sayang..
Ketahuilah.. Walaupun Ummi tak selalu ada dengan kamu..
Tapi, kamu sentiasa ada dalam doa dan sujud Ummi..
Memohon agar Allah kurniakan segala yg terbaik untuk kamu..
Mungkin.. Satu hari nanti kita akan terpisah..
Ummi sentiasa berdoa.. Agar kita ditemukan di Jannah Allah S.W.T..
Namun, Ummi nak kamu tahu yg kamu akan tetap jadi Cinta Hati Abi dan Ummi..
Kamu kesayangan Abi.. Moga kamu menjadi muslimah sejati..
Indah.. Seindah nama kamu, Nur Insyirah..
Membesar dgn baik ye, Sayang.. Inshaa Allah..
Ummi akan cuba jadi Ummi yang terbaik untuk kamu..
Terima kasih kerana hadir dalam hidup Abi dan Ummi..




Ikhlas,
Ummi yang sentiasa menyayangi kamu ..

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Rutin Harian ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. Patience with Subhanallah.. 
Promise with Insha Allah.. Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah ! 
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Terlalu pantas masa berlalu kan ? Pejam celik.. Allah..
Alhamdulillah.. Nur Insyirah membesar dgn baik..


Cepat masa berlalu.. Nur Insyirah dah mencecah usia 9 bulan..
Rasanya macam semalam Mira lahirkan Nur Insyirah..
Alhamdulillah.. Mohon korang doakan segala kebaikan untuk Nur Insyirah..
Ramai yang tanya kat Mira.. Macam mana life lepas Nur Insyirah lahir ?
Alhamdulillah.. Sejujurnya.. Totally CHANGE !!
Hehe :) Ramai nak tau ape yang berubah..
Mestilah banyak perubahan yg Mira alami..
Dulu berdua.. Kini dah bertiga..
Kalo sebelum ni, nak pergi mane-mane.. Xkisah pun..
Skang ni.. Kalo nak ke mana-mana.. Sume bende kena ada..
Maksudnya.. Sume barang-barang Nur Insyirah kena complete..
Check banyak kali, takut ada yg tertinggal.. Hehe :)
Barang wajib yg mesti bawak even tak pergi jauh..
Mesti ade diapers, wipe tissue, a pair of baju.. Kadang-kadang saje spare 2-3 helai..
Hehehe :) Her favourite toys.. And of course, pacifier..
Alhamdulillah.. Ada baby yg taknak pacifier lain sebab dah terbiasa dgn satu tu je..
But, alhamdulillah.. Nur Insyirah tak kisah as long die dapat pacifier..
Sebab Nur Insyirah cuma nak bile die nak tido je..
Time lain, die campak-campak je benda tu.. Hehehe :)
Alhamdulillah.. Mira dah terbiasa berjaga malam..
Skang ni, lepas solat Isyak je.. Confirm Mira akan terus tido..
Sebab Nur Insyirah akan bangun tengah malam utk mintak susu, tuka diapers..
So, bila anak da tido.. Ummi pun tak tunggu lama.. Lepas solat, terus pengsan..
Seriously, banyak cabaran once we have a baby.. Especially, utk yg kerja..
Cabaran tu macam-macam.. Memang kena kuat mental, fizikal, emosi dan sebagainya..
Senang citer, nak jadi ummi, mama, mummy.. Kena KENTAL dalam semua aspek.. 
Mira ingat lagi, first time Mira nak tinggalkan Nur Insyirah lepas maternity leave..
First day Mira masuk keje.. Kejap-kejap tengok jam.. Allah.. Bila nak abes keje ni..
Hehehe :) Sounds funny tapi itu realitinya.. Da abes keje, terus je balik rumah..
Sampai rumah.. First mesti nak tengok Nur Insyirah.. WAJIB !!
Kadang-kadang, bila Nur Insyirah sambut Mira balik..
Lari terkedek-kedek dalam walker.. Alahaiiii.. Luruh jantung Ummi..
Hilang segala rasa penat.. Seriously.. Tak pernah imagine akan camni..
Walaupun before ni penah jaga anak buah Mira..
Feeling tu tak sama macam anak sendiri.. Hehehe :)
I'm really grateful sebab Allah S.W.T kurniakan dia untuk kami..
Lepas kehadiran Nur Insyirah, makin banyak rezeki kami..
And we're confident.. Itu sume rezeki anak..
Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah !
Terima kasih atas kurniaan seindah ini.. :')
Never expect ianya seindah ini.. Never !
Moga kami sekeluarga menjadi keluarga yg sakinah, mawaddah..
Dan moga kami bersatu di Jannah Allah S.W.T :')
Amin..

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Salam Aidilfitri ♡


Salam Aidilfitri daripada Abi Zulkifli, Ummi Zumira dan Nur Insyirah..
Ampun dan maaf ikhlas dan tulus daripada kami sekeluarga..
Maaf andai pernah terkasar bahasa.. Andai pernah tersakitkan hati..
Andai pernah terpukul dan tercuit kat mana-mana..
Andai pernah termarah dan tertengking tak sengaja..
Andai pernah tertuduh tanpa usul periksa..
Moga Ramadhan dan Aidilfitri kali ni membawa 1001 barakah dalam kehidupan kita..
Alhamdulillah.. Terima kasih pada sahabat-sahabat dan saudara-mara..
Kerana tak putus-putus doakan kebahagiaan kami..
Mendoakan segala kebaikan untuk kami sekeluarga..
Terima kasih yang tak terhingga buat kedua keluarga kami..
Kerana sentiasa ada di sisi kami.. Sama-sama mengingati dan menasihati kami..
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah ! Terima kasih atas kurniaan terindah ini..
Terima kasih kerana memakbulkan doa kami..
Terima kasih atas mengurniakan nikmat..
Mengirimkan ujian tatkala kami alpa dan leka..
Syukur Ya Allah ! Alhamdulillah :')
Sama-sama kita tarbiyah diri dan iman kita setiap hari.. Insha Allah..
Jangan risau.. Allah sentiasa ada dengan kita.. 
Sama-sama kita perbaiki segala kekurangan diri kita..
May Allah bless each of us.. Insha Allah :')
Assalammualaikum w.b.t

1 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Arjuna Beta ♡

" Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur..Datang petir menyambar..Jengking dan ular.. Bonda takkan berundur..Nyamanlah arjuna beta.. Mimpikan yang indah sajaNanti bila kau buka mata.. Semua tak serupaKan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergiJalan betul, Anakanda.. Tak jelas mata..Ambil yang sarat duri..Hiduplah arjuna beta..Biarkan jasad yang luka..Selama tuhanmu ada..Takkan engkau tercela..Ngeri tak terbayang mata.. Bonda takkan ada sentiasa..Nanti moga kau tak lupa.. Bonda memujukmu, Anakanda.. "

Setiap bait liriknya.. Cukup menyentuh hati..
Mungkin sebab Mira juga seorang Ibu, Ummi, Mama dan Mak..
Naluri keibuan Mira tersentuh tatkala mendengar lagu ni..
Fikiran terus teringat pada Nur Insyirah.. Arjuna Hati Mira dan Abi..
Sangat-sangat menyentuh kalbu.. Allahu..
Cukup indah perasaan tu.. Perasaan seorang ibu..
Hanya mahukan yg terbaik utk permata hati kita.. Itu saja !
Tak kisah walau apapun risikonya.. Seorang ibu akan sanggup..
Asalkan permata hati kita gembira..
Tak mustahil.. Syurga di bawah telapak kaki ibu..
Perasaan yg sukar diungkapkan dengan kata-kata..
Mira ingat lagi bile Nur Insyirah dihantar ke Nursery sebab kuning..
Mase tu Mira dalam wad lagi.. Sedang menyusukan Nur Insyirah..
Nurse datang dan terus ambil Nur Insyirah..
Allah ! Perasaan yg sukar digambarkan.. Menitik air mata mase tu..
Call Mr Zauj dalam keadaan teresak-esak.. Hati risau bukan kepalang..
Setiap saat tu Mira takkan lupa.. Saat doktor pakar kanak-kanak call wad utk jumpa Mira..
Nurse hantar Mira ke Nursery gune wheelchair.. 
Setiap apa yg doktor pakar cakap.. Mira ingat sampai sekarang..
Mira cuma mampu mengangguk kepala sambil menangis.. 
Allah.. Allah.. Nur Insyirah masih kecil mase tu..
Sepanjang proses rawatan berjalan, Mira dengar tangisan Nur Insyirah..
Allahu.. Sayunya hati seorang ibu ketika tu.. Tak dapat digambarkan..
Mira gagahkan diri.. Kuatkan semangat demi Nur Insyirah..
Mira taw Nur Insyirah akan rasa ape yg Mira rasa..
Sebab kami pernah berkongsi rasa ketika Nur Insyirah masih dalam rahim Mira..
Tapi, Mira hanya manusia biase.. Seorang wanita dan seorang ibu..
Sekuat manapun Mira, akhirnya kalah juga tatkala air mata menitis..
Bibir Mira tak putus-putus berdoa.. Minta Allah selamatkan Nur Insyirah..
Merayu dan menangis.. Minta Allah jangan ambil Nur Insyirah drpd Ummi..
Cukuplah sekali Allah S.W.T jemput 'dia' utk jadi anak-anak syurga..
Mira cuba lakukan yg terbaik utk Nur Insyirah.. 
Asalkan Nur Insyirah selamat.. Allah ! Bantulah hamba Mu ini !!
Setiap kali Mira datang ke Nursery utk susukan Nur Insyirah.. 
Mira akan bagi salam dan dukung Nur Insyirah..
Sebaknya hanya Allah tahu.. Bila tengok tangan Nur Insyirah lebam..
Mungkin sebab doktor ambil darah.. 
Dan sebelah tangannya ada branula utk cucuk ubat antibiotik..
Setiap malam, Mira menangis bile tengok susu menitik.. Allah..
Setiap hari, Mira akan cakap pada Nur Insyirah..
"Cepat baik ye sayang ? Nanti boleh minum susu Ummi.."
Nampak macam kelakar kan ? Tapi, itulah hakikat perasaan seorang ibu..
Alhamdulillah.. Berkat doa Ummi dan Abi.. Nur Insyirah makin pulih..
Terima kasih, Ya Allah !! Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah !
Akan ku jaga amanah Mu ini sebaik mungkin.. Insha Allah :')






0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Nisfu Syaaban ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. Patience with Subhanallah.. 
Promise with Insha Allah.. Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah ! 
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Fuhhh.. Agak lama Mira tinggalkan blog ni.. Maaf ye sebab tak update..
Okay.. Entry kali ni pasal Nisfu Syaaban..
Macam yg kita taw.. Malam tadi adalah Malam Nisfu Sya'aban..
Sedikit info apa yg berlaku pada Malam Nisfu Sya'aban.. Pada hari tu, semua buku catatan yg dicatatkan segala amalan, dosa dan pahala oleh Malaikat Raqib dan 'Atid diangkat ke langit..
Kemudian buku catatan tersebut digantikan dengan buku catatan yg baru..


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin..


Antara perkara yg disunatkan utk dilakukan adalah banyakkan berdoa, berzikir..
Berdoalah kerana ketika itu pintu-pintu rahmat dibuka seluasnya..
Alhamdulillah.. Mira dan Mr Zauj berjaya menghidupkan Malam Nisfu Sya'aban..
Nak share sedikit kisah yg jadi pada Malam Nisfu Sya'aban tahun lepas..
Mase tu, Mira dan Mr Zauj dalam proses 'pemulihan'..
Maklumlah.. Baru merasa kehilangan 'dia'..
Alhamdulillah.. Berkat nasihat seorang sahabat yg juga umpama kakak bagi Mira..
Dia nasihatkan Mira banyakkan baca yassin, mengaji, berdoa dan berzikirlah pada Allah..
Insha Allah.. Malam Nisfu Sya'aban adalah antara malam yg di makbulkan doa..
Lepas Mr Zauj dan Mira selesai baca yassin.. Kami berzikir bersungguh-sungguh..
Kemudian, Mr Zauj berdoa.. Utk kesejahteraan rumah tangga kami..
Moga diberikan kemudahkan dan kesenangan dalam urusan harian..
Dikurniakan keberkatan hidup di dunia dan akhirat..
Dan dikurniakan zuriat-zuriat yg soleh solehah utk keluarga kecil kami..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Doa kami dimakbulkan oleh Allah S.W.T..
Mira dapat kerja di Melaka.. Dekat di sisi Mr Zauj..
Dan awal Ramadhan tahun lepas, Mira dikhabarkan dgn berita gembira..
Allah S.W.T telah mengurniakan seorang amanah dlm rahim Mira..
Utk kami jaga, pelihara dan didik dgn penuh kasih sayang dan kesabaran..
Supaya dia membesar menjadi anak yg solehah buat kami..
Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah ! Berita yg Mira nanti-nantikan..
Malam tadi, Mira teringat kisah tu sambil tersenyum sendiri..
Allahu.. Besar sungguh nikmat kurniaan Mu..
Moga Engkau menjadikan kami keluarga yg sakinah dan penuh dgn barakah..
Dunia dan akhirat :') Amin amin..
Thanks for reading.. May Allah Bless Each Of YOU :)
Amin.. Assalamualaikum w.b.t..

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Genap setahun ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. Patience with Subhanallah.. 
Promise with Insha Allah.. Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah ! 
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Pejam celik pejam celik.. Semalam, genap setahun pemergiaannya..
Mira masih ingat setiap detik kejadiaan tu sebelum 'dia' pulang kepada Nya..
Walaupun setahun 'dia' da tiada.. Namun, Mira masih merasakan denyutannya..
Denyutan ketika 'dia' masih berada dalam rahim Mira..
Kehadiran 'dia' ketika ulangtahun perkahwinan Mira yg ke 4 bulan..
Cukup membahagiakan dan menggembirakan..
Namun, ketika saat Allah S.W.T takdirkan 'dia' pergi..
1001 perasaan yg Mira rasa.. Sesuatu yg da jadi sebahagian drpd diri Mira..
Pergi untuk selama-lamaya.. :') Sebak.. Hanya itu yg mampu diungkapkan..
Perasaan yg hanya boleh digambarkn dgn air mata..
Sejujurnya.. Mira rindu.. Terlalu rindukan 'dia'..
Alhamdulillah.. Allah S.W.T Maha Penyayang..
Walau diuji dgn ujian yg hebat.. Namun, Allah S.W.T titipkan kekuatan utk Mira..
Kekuatan tu adalah suami dan soulmate Mira sendiri..
Walaupun dia tak pernah cakap dan luahkan ape yg dia rasakan..
Tapi, ketika Mira jatuh dan menangis.. Dia insan yg ade dgn Mira..
Insan yg selalu beri kekuatan utk Mira berdiri semula..
Pernah sekali.. Mira lihat die menitiskan air mata..
Tatkala Mira menangis dan rasa sangat tidak kuat..
Walaupun nampak tabah, namun siapa tahu.. Hati seorang ayah..
Apabila dikhabarkan bahawa bakal zuriat yg dinantikan..
Terpaksa pergi kerana itu adalah janji antara 'dia' dgn Allah S.W.T..
Namun kini.. Alhamdulillah.. Allah S.W.T telah gantikan kami dgn kurniaan yg indah..
Nur Insyirah sebagai pengganti 'dia'.. Alhamdulillah..
Moga kami sentiase berada dalam rahmat Nya..
Untuk korang yg kurang faham entry ni.. Korang klik SINI dan SINI okay ?
Thanks for reading.. May Allah bless you :')

♡ Buat Permata Hati Ummi ♡
Walaupun kamu dipinjamkan hanya seketika dalam hidup Abi dan Ummi..
Namun, kami redha.. Redha melepaskan kamu, sayang..
Kamu akan tetap jadi permata hati Abi dan Ummi..
Kamu telah berjaya buat Abi dan Ummi makin kuat..
Alhamdulillah.. Kami percaya.. Setiap kejadian, ade hikmahnya..
Dan kini.. Kami nampak hikmahnya.. 
We'll always love and miss you so much !
Berbahagialah dikau di sana, wahai anakku !
Tunggu Abi, Ummi dan Adik Nur Insyirah di pintu Jannah Allah S.W.T..
Moga kite bersatu kelak dalam rahmat Nya..
Amin amin ya rabbal 'alamin.. :')

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Birth Story of Little Princess ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. Patience with Subhanallah.. 
Promise with Insha Allah.. Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah ! 
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Entry kali ni khas untuk Mira citer kronologi kelahiran Little Princess..
Hope korang enjoy ye dengan entry kali ni.. Hehe :)

18 Feb 2014
Actually, Mira baru je discharge drpd Hospital Jasin sebab tekanan darah agak tinggi..
Then Nurse datang untuk check tekanan darah Mira kat rumah..
As usual, Nurse akan pesan.. Kalo ade rasa tanda-tanda PE..
Cepat-cepat refer klinik atau hospital.. Opppsss..
PE ia stand for Pre Eclampsia.. Haaaa.. Istilah perubatan kan ?
Kalo korang nak taw tentang PE, tanya Incik Google okay ?
Okay.. Sambung.. Then dalam pukul 11 lebih i feel something..
Haaa.. Sepanjang pregnant tak penah Mira rasa pun..
Tengah sibuk-sibuk nak mengemas rumah.. Tetiba sakit kepala menyerang..
Cehhh.. Ayat skema.. Hehehe ;) Okay stop..
Mira rasa sakit kepala then mula rasa pandangan mula kabur-kabur..
Terus text Mr Zauj and suh die balik secepat mungkin..
Masuk dalam bilik, makan kurma dan minum air zam-zam..
Terus baring atas katil, layan kepala yang berdenyut-denyut..
Mr Zauj sampai terus siap-siap untuk ke klinik.. 
Sampai ke klinik, terus refer ke bahagian kecemasan..
Nurse check-check, terus pasang drip.. Risau jadi pape..
Then, check tekanan darah, amboii.. Agak tinggi mase tu..
Terus doktor datang check and suruh Nurse call ambulans..
Ambulans sampai terus bawak Mira ke Hospital Melaka.. 
Mr Zauj follow daripada belakang.. Mesti die cuak dan risau mase tu..
Then, sampai bahagian kecemasan, Medical Assistant (MA) terus tolak masuk Zon Merah..
Fuuuhhh.. Memang kritikal lah agaknye masa tu..
Doktor pakar terus check keadaan Mira.. Dia diam sambil pandang Mira..
Kejap pandang perut, then pandang muke Mira..
Seriously, die sangat risau sebab Mira pregnant.. Terus he make a call..
Call doktor pakar O&G untuk turun dan refer kes Mira..
Doktor pakar perempuan melayu yg handle kes Mira mase tu..
Die terus suruh MA tolak masuk labour room..
Dalam hati da tertanya-tanya.. Nak beranak da ke aku ni ? Hahaha..
Masuk je labour room, doktor suruh call husband untuk datang..
Mr Zauj pun datang and tunggu doktor dalam labour room dgn Mira..
Then doktor pakar perempuan chinese datang pulak..
Terus die cakap terpaksa induce Mira sebab risau akan bahayakan baby..
Allah ! Memang tak tahu nak respon ape mase tu..
Mr Zauj setuju asalkan kami berdua selamat.. Allahu..
Dalam hati, Mira doa tak putus-putus moga Allah permudahkan urusan kami..
Then doktor decide untuk masuk ubat induce utk cepatkan proses kelahiran..
Lepas masuk ubat, Mira still tak rase sakit pun..
Then, doktor datang untuk cek bukaan serviks Mira..
Mase tu baru bukak 2cm.. Then doktor decide untuk pasang ctg..
But unfortunately, CTG menunjukkan jantung baby 'sleeping pattern'..
Lama jugaklah.. Puas Mira dok pujuk and cakap-cakap dengan baby..
But still CTG jantung baby 'sleeping pattern'.. Mula lah Mira start risau..
Ramai houseman and nurse datang untuk tolong Mira.. Bagi CTG cantik..
Still takde progress.. Kadang-kadang je baby bangun.. Then tido balik..
Allah.. Mira makin lemah sebab last makan pun pagi tadi.. Memang tak larat..
Start drpd masuk labour room, Nurse and doktor tak izinkan makan dan minum..
At last, doktor decide untuk pecahkan air ketuban sebab risau baby poo poo dalam perut..
Tapi, unfortunately air ketuban clear je.. Means, baby okay je dalam perut..

19 Feb 2014
Doktor panggil Mr Zauj sebab risaukan keadaan Mira and Little Princess..
So, doktor decide untuk czer Mira sebab risau baby lemas dalam perut..
Mr Zauj terus setuju sebab da risau sangat tengok keadaan Mira yg makin lemah..
Tepat jam 4.00 pagi, doktor terus tolak Mira masuk operation room..
Sebelum tu sempat salam Mr Zauj dan mintak maaf dgn dia..
Manalah taw kan ? Ajal maut ketentuan Allah S.W.T..
Sepanjang proses operation tu, Mira sedar taw.. Haaaa.. Amek kau..
Sebab doktor cume bius Mira separuh badan.. It's procedure..
Alhamdulillah.. Tepat jam 4.49 pagi.. Mira dengar tangisan baby..
Alhamdulillah.. Lahirlah Little Princess ke dunia..
Lepas Nurse kemas-kemas Little Princess, terus bagi Mira cium Little Princess..
Mira cium dan beri salam pada Little Princess..
Allah.. Besarnya nikmat Mu Ya Allah !
Rasa bahagia yang susah diungkapkan dengan kata-kata..
Lepas Mira selesai dijahit, terus dihantar ke labour room..
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi..
Sampai ke labour room, Nurse datang bawak Little Princess jumpe Mira..
Kebetulan Mr Zauj pun ada kat dalam labour room sekali..

Walaupun end up with emergency czer tapi Mira bersyukur..
Bersyukur sebab diberi peluang utk merasai sakit ketika melahirkan..
Alhamdulillah.. Lepas tengok Little Princess, sume rasa sakit hilang..
Rasa bahagia yang susah untuk diungkapkan dgn kata-kata..
Ya Allah ! Terima kasih atas kurniaan terindah ini..
Terima kasih kerana telah memakbulkan segala doa-doa kami..
Okay.. So, before i end up this entry.. 
Korang layan ar gamba yg Mira upload utk tatapan korang..


Allahu.. Abi dan Our Little Princess.. Sweet moment between them :') Alhamdulillah.. 
Moga Allah S.W.T pelihara kami sekeluarga di bawah lembahyung rahmat Nya.. Amin :')


Nur Insyirah binti Zulkifli.. Cahaya Kegembiraan dan Kelegaan Hati Kami.. 
Insha Allah.. Moga kamu menjadi anak solehah sayang.. 
Moga Allah S.W.T memberi segala kesembuhan, kesihatan, kemudahan serta kebaikan..
Di dunia dan akhirat.. Amin :') Abi dan Ummi love you so much ! 
Grow up well sayang Doa kami sentiasa mengiringi kamu..


Abi and Our Little Princess.. 
Precious moment bila Abi ajak Little Princess mengaji sama-sama..


Alhamdulillah.. Moga Nur Insyirah jadi anak yg solehah.. 
Kamu hasil cinta halal Abi dan Ummi.. 
Moga Allah S.W.T sentiasa merahmati hidup kite di dunia dan akhirat..


Makin bijak Nur Insyirah.. Moga jadi anak yang solehah ye sayang ? 
Abi and Ummi love you so much dear..


Alhamdulillah..Kalian adalah harta Ummi dunia dan akhirat.. Terima kasih, Ya Allah ! 
Kurniaan terindah dalam hidup Ummi.. 
Moga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita sekeluarga di dunia dan akhirat.. 
Moga kita sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat Nya.. Amin :')


Allahu.. Nur Insyirah hasil cinta halal Abi dan Ummi.. 
Grow up well sayang.. We love you so much !


Genap 50 hari kehadiran kamu ke dunia Allah.. 
Malaikat kecil Abi dan Ummi makin bijak sekarang.. 
Kehadiranmu melengkapkan kekurangan kami.. 
Telatahmu cukup menghiburkan kami.. Membesar dengan baik ye sayang ? 
Moga kamu menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat.. 
Doa kami sentiasa mengiringimu, cinta.. Amin :')


Alhamdulillah.. Hari ni, Puteri Abi dan Ummi genap 2 bulan.. 
Syukur Ya Allah.. Syukur atas kurniaan terindah ini.. 
Moga kamu jadi anak yg solehah ye sayang.. Dunia dan akhirat.. 
We love you lillahi taala.. :')


Alhamdulillah.. Senyuman kamu cukup menceriakan hari-hari Abi dan Ummi.. 
Moga kesayangan hati Abi dan Ummi jadi anak yg solehah di dunia dan akhirat.. 
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.. 
Amin :') We love you so much !


♡ Buat Puteri Kesayangan Abi dan Ummi, Nur Insyirah ♡

Alhamdulillah.. Selama 9 bulan kamu membesar dalam rahim Ummi..
Segala risiko Ummi sanggup ambil asalkan kamu sentiase sihat..
Ummi ingat lagi.. Masa mula-mula Ummi dapat berita gembira yg Ummi hamil..
Allahu.. Perasaan Ummi, hanya Allah S.W.T yg tahu..
Kehadiran kamu dalam rahim Ummi, pelbagai perasaan Ummi rase..
Ummi bahagia dan pada masa yg same, Ummi takut..
Ummi takut akan kehilangan lagi.. :')
Setiap sujud Ummi, Ummi sentiase doakan moga Allah sentiase pelihara kamu..
Ummi tak kisah walaupun Allah nak bagi dugaan kat Ummi..
Asalkan kamu sentiase membesar dgn sihat dalam rahim Ummi..
Itu yg selalu Ummi doa pada Allah S.W.T..
Alhamdulillah.. Doa Ummi dimakbulkan..
Ummi diuji dgn alahan di awal kehamilan Ummi..
Morning sickness yg agak teruk.. Ummi langsung takde selera utk makan..
Ummi selalu muntah-muntah tak kira siang dan malam.. 
Ummi tak boleh nak drive sepanjang Ummi hamilkan kamu..
Sampai Abi kena berulang alik untuk hantar Ummi pergi keje setiap pagi..
Alhamdulillah.. Walaupun perit, Ummi harung juga..
Sebab apa.. Sebab kamu kekuatan buat Ummi..
Kamu yg buat Ummi kuat untuk hadapi semua ujian dan dugaan tu..
Sayang nak tahu tak ? Perkara yg Ummi paling buat Ummi gembira..
Adalah kali pertama Ummi rasa tendangan comel daripada kamu..
Walaupun mase tu Ummi macam blur-blur..
Tapi, Ummi yakin itu adalah kamu.. Alhamdulillah..
Itulah perasaan paling bahagia buat Ummi..
Abi orang yg paling happy bila kamu bagi respon bila Abi ajak kamu berbual..
Senyum lebar Abi masa tu.. Allahu.. Indah sangat saat tu..
Sekarang ni.. Alhamdulillah.. Ummi da selamat lahirkan kamu..
Hari ni, kamu da 73 hari.. Sekejap je rasa.. Cepat masa berlalu..
Moga kamu terus membesar dgn sihat dan sempurna ye sayang ?
Abi dan Ummi sentiase doakan yg terbaik buat kamu di dunia dan akhirat..
We love you so much ! Moga Allah S.W.T sentiase melindungi kite..
Amin amin ya rabbal 'alamin :')

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah ! ♡


Kenalkan Malaikat Kecil yang telah selamat lahir ke dunia..



Little Princess Mira dan Suami..
19 Feb 2014 @ 4.49 a.m..
Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah !

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

9 Months Journey ♡

Alhamdulillah.. Pejam celik.. Da masuk bulan kesembilan usia kandungan Mira..
Allahu.. Cepat masa berlalu.. SubhanAllah.. 
Makin sarat da skang ni.. Macam-macam rasa Allah S.W.T bagi Mira rasa..
Dulu, kita tak pernah tahu macam mana rasanya bila ibu kite mengandungkan kita..
Bila Allah S.W.T beri nikmat untuk Mira rasa sendiri perasaan tu..
Allahu.. Suatu perasaan yg tak terucap dengan kata-kata..
Cukup indah.. Terlalu indah.. Walaupun ianya perkara baru utk Mira..
Tatkala bila seorang isteri dapat tahu bahawa dirinya hamil..
Alangkah gembira perasaannya.. Terlalu sukar utk diungkap dgn kata-kata..
Alhamdulillah.. Mira hampir berjaya sampai ke penghujungnya..
Menghitung hari untuk ke medan jihad.. Terlalu teruja..
Teruja utk bertemu dgn bakal zuriat yg telah Mira kandungkan selama 9 bulan..
Alhamdulillah.. Sejujurnya, Mira takkan penah rasa serik..
Meniti minggu-minggu terakhir.. Macam-macam rasa ada..
Alhamdulillah.. Semuanya hampir sampai ke penghujungnya.. :')
Cepat sangat masa berlalu kan ? Alhamdulillah.. 
Allah S.W.T telah permudahkan setiap urusan Mira sepanjang mengandung..
Walaupun terpaksa bertarung dengan alahan yg teruk mase 1 trimester..
Tapi, Mira syukur sangat-sangat sebab memang itu doa Mira..
Itu permintaan Mira sekiranya Allah takdirkan Mira mengandung semula..
Alhamdulillah.. Allah S.W.T perkenankan doa Mira.. Syukurrr..
Last but not least.. Doakan moga segala urusan Mira dipermudahkan..
Menghitung hari.. Tik tok tik tok.. Hehehe ;)
Enjoy lah gambar Mira ngn perut yang membesar dengan jayanya..
Jangan terkejut ye.. Hehehe ;)


* I'm not fat but something cute is growing inside of me ^_^


Okaylah dear.. thanks for read.. May Allah bless all of you !
Assalammualaikum w.b.t 

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Happy Birthday Sayang ! ♡

Alhamdulillah alhamdulillah ! Syukur ke hadrat Allah S.W.T :')
On 12 Februari 2014.. Genap usia Mr Zauj 20++ tahun.. Hehehe ;)
Rahsiaaaaa.. Alhamdulillah.. Happy sangat..
Walaupun tak dapat nak celebrate tapi still ucap sebagai tanda ingatan..
Hadiah ? Haaaa.. Ada je cume tunggu masa je bagi kat Mr Zauj..
Hehehe ;) Faham-faham je lah ye.. Hadiah yang paling tak ternilai harganya..
So, skang ni rajin lah pujuk Little Caliph keluar before awal Mac..
Biar share bulan birthday dengan Abi.. Hehehehe ;) Amin amin..



Untuk Suami Kesayanganku..

Selamat Hari Lahir, Sayang ! Sanah Helwa ya Habibi..
Moga dipanjangkan umur.. Dimurah serta dilimpahi dengan rezeki..
Diberi kesihatan yg baik.. Dipermudahkan setiap urusan serta diberkati di dunia dan akhirat..
Ummi sentiasa dan akan selalu doakan moga sayang menjadi anak, suami dan abi yg terbaik..
Amin amin :') Thanks for everything sayang.. Sayang suami yg hebat..
Anugerah terindah yg Allah S.W.T kurniakan untuk Ummi..
Doakan moga Ummi dan bakal anak kita sentiasa sihat dan selamat ye sayang ?
Moga kehidupan kita sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat Nya.. Amin :')
Hanya Allah S.W.T tahu betapa bersyukurnya Ummi..
Moga ikatan ini kekal hingga Jannah Allah S.W.T.. Amin :')


Alhamdulillah.. Rasa bahagia yang tak terucap dengan kata-kata..
Makin hari, makin sayang padanya.. Makin jatuh cinta dengannya..
Ajaib dan kukuhnya ikatan sebuah perkahwinan.. Alhamdulillah..
Dia seorang suami yg sangat sempurna di mata Mira sebagai isteri..
Cukup lembut dan sabar dalam setiap kata-kata dan tingkah lakunya..
Sangat prihatin dengan segala keadaan di sekelilingnya..
Sangat penyayang dan cukup menenangkan..
Kelebihan die melengkap serta menyempurnakan segala kelemahan Mira..
Tak pernah jemu beri kata semangat dan sokongan tatkala Mira jatuh..
Sentiasa kuat dan di sisi Mira, mengenggam erat tangan Mira dalam setiap langkah..
Sentiasa mengingatkan serta menasihati Mira dengan caranya sendiri.. Cukup unik !
Terlalu banyak untuk diluahkan dengan kata-kata..
Selebihnya.. Biar menjadi rahsia antara kami berdua.. :')
Cukuplah Mira katakan, dia seorang suami yg cukup sempurna..
Moga dia juga mampu menjadi Abi yang terbaik utk bakal anak-anak kami..
Amin :') Doakan kebahagiaan kami ye..
Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kami.. Amin amin :')
Hope korang enjoy ye.. May Allah S.W.T bless each one of you..
Amin.. :') Jaga diri.. Jaga solat.. Jaga aurat.. Jaga iman dan jaga ikhtilat..
Jazakallahu khairan kathira.. Maaf atas segala ketelanjuran Mira..
Assalammualaikum wbt :)

♡ Sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada Allah S.W.T :') ♡

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

For Second Time ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. Patience with Subhanallah.. 
Promise with Insha Allah.. Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah ! 
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Kejap je dah masuk Bulan Februari.. Cepat masa berlalu..
Alhamdulillah.. Makin dekat dengan hari yang ditunggu-tunggu.. 


Alhamdulillah.. Hari ni genap 36 weeks and 1 days..
Syukur ke hadrat Allah S.W.T.. Hanya Allah tahu apa yg Mira rasa skang ni..
Moga Little Caliph membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang ?
Dah macam-macam rasa yang Mira rasa skang ni..
Walaupun ianya baru untuk Mira tapi Mira happy dan syukur sangat..
Sebab Allah S.W.T beri Mira peluang utk rasa nikmat mase pregnant..
Aigoooo.. Memang sangat best taw.. Awesome sangat !
Nak share ni.. Hari tu Mira admit ward for second time..
Haaaa.. Terkejut kan ? Da hujung-hujung ni kerap plak admit ward..
Tapi, Mira fikir positif.. Little Caliph nak Mira dan dia biase admit ward..
Hahahaha ! Positif sangat kan ? Kikikiki.. Sabar jelah..
Mungkin sebab doktor kat sini sume awesome kot.. Sebab tu Little Caliph suke..
Actually, Mira start rasa sakit kat ari-ari since 4am.. Tapi still boley tahan sebab tak kuat..
But since 5am.. Sakit tu makin kerap plak.. Mira tahan sampai 5.30am..
Bayangkan.. Rasa sakit tu da sampai ke pinggang.. 
Waaahh.. Mase tu Mira cume boley tahan sambil mulut tak berhenti zikir..
Baca segala zikir dan doa yg Mira ingat.. Fuhhhh..
Disebabkan Mr Zauj tak penah tengok Mira macam tu..
Nampak reaksi muke die ala-ala tahan cuak dan panik.. Hehehe ;)
Terus Mr Zauj kejut MIL.. Sebab dia da makin risau tengok keadaan Mira..
MIL suggest terus bawak g hospital.. Takut da sampai mase.. 
Dengan kekuatan yg ada, Mr Zauj bantu Mira utk tukar baju and sebagainya..
Sume persiapan utk bersalin memang da lame standby dalam keta..
Before gerak g hospital, Mira sempat salam MIL.. 
Mintak MIL doakan Mira moga sentiasa sihat dan selamat.. 
MIL terus peluk and Mira dengar MIL nangis tengok Mira macam tu..
Sampai emergency GH Melaka, ikut prosedur then terus tolak O&G..
Amek BP and urine, nurse suh rest kat katil before doktor datang..
Mase tu sakit da makin kurang.. Aikkk.. Pelik jugak..
Lepas doktor datang, die pun check pape yang patut..
Doktor diagnose suspect UTI.. UTI tu Urinary Tract Infection.. 
Nanti rajin-rajin godek Encik Google okay ? Hehehe ;)
Dalam petang, doktor pindahkan Mira ke wad utk pemantauan..
Alhamdulillah.. Getting better.. Amboiiii.. Baby bukan main aktif..
Saje je nak suh Ummi die rest kat wad.. Maklumlah.. 
Kalau kat rumah, memang Ummi die takkan duduk diam..
Alhamdulillah.. Esok tu doktor bagi Mira discharge sebab Mira stabil..
Kelakar betul.. Nakal anak Ummi ni ye.. Macam Abi ni.. ;)
So, korang layan gambar yg sempat Mira snap okay ?


* Gambar masa Mira dalam unit O&G..


* Kawan Mira yg datang jenguk Mira kat wad petang tu..
Dah lama sangat tak jumpa.. Hehehe ;)


* Alone.. Malam tanpa Mr Zauj.. Awkward kot..
Sebab da terbiasa bile tidur, Mr Zauj kat sebelah :')


* On CTG before discharge daripada wad..
Nampak tak keaktifan jantung Little Caliph Mira ? Comelnyeee ;)


* Last but not least.. Tu diaaaa.. Muke tuan tanah kedaung mase on CTG..
Nak jugakkk selfie.. Muke pun da kembang-kembang da.. Hahahaha !
Okaylah.. Rasenye tu je yang Mira nak bebelkan petang-petang ni..
Last but not least.. Mohon doa kalian ye..
Doakan moga Mira and Little Caliph sentiase sihat dan selamat ok ?
Excited da nak jumpa Little Caliph.. Hehehe :)
Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kami.. Amin amin :')
Hope korang enjoy ye.. May Allah S.W.T bless each one of you..
Amin.. :') Jaga diri.. Jaga solat.. Jaga aurat.. Jaga iman dan jaga ikhtilat..
Jazakallahu khairan kathira.. Maaf atas segala ketelanjuran Mira..
Assalammualaikum wbt :)


♡ Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi Tammim bi khair..Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulitkan..Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan.. Amin amin :') ♡

0 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Alhamdulillah.. Kifarah dosa ♡

Start with Bismillah.. End with Alhamdulillah.. Patience with Subhanallah.. 
Promise with Insha Allah.. Your life will be blessed by Allah S.W.T ˆ⌣ˆ
Alhamdulillah.. Rasa syukur yang tak terhingga.. Terima Kasih, Ya Allah ! 
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah !
Rasa terlalu cepat masa berlalu kan ? Hampir sampai penghujung Januari..
Tak lame je lagi tu.. Dup dap dup dap..
Actually.. Mira nak share something ngn korang..
Agak lame Mira menyepikan diri kan ? Haaaaa.. Bukan sengaja taw..
Baru-baru ni Mira admit ward sebab demam.. Suhu tinggi sangat..
Plus, da mula rasa sakit kepala and mata da start kabur pagi tu..
Nak ikutkan Mira keje pagi tu.. Tapi, disebabkan badan da rase semacam..
Kul 9 lebih terus text Mr Zauj utk ajak refer hospital..
Alhamdulillah.. Lepas settle tugas-tugas penting.. Terus gerak ke hospital..
Nasib baik bos faham.. Alhamdulillah :')
Sampai A&E, terus kena tolak ke O&G sebab Mira da 33weeks..
Takut ada risiko pape, terus naik wheelchair and gerak ke O&G..
Mase tu Mr Zauj cari parking kete lepas die daftarkan Mira kat A&E..
Sampai O&G, nurse terus check BP and macam-macam lagi..
Nasib baik BP normal.. So, nurse bagi katil utk rest dulu..
Bajet mase tu tak kena tahan wad.. Huhu.. Rupanya kena tahan jugak kot..
Lepas tuka uniform O&G yang kaler pink tu, terus baring balik..
Sebab rasa pening sangat.. Jalan nak g toilet tu terhuyung-hayang da..
Lepas doktor check sume.. Terus doktor decide utk pantau Mira kat O&G..
Suhu tinggi mase tu.. Mr Zauj da risau kat luar.. Nurse bagi makan ubat..
Confirmlah mamai mase tu kan? Hehehe :)
Alhamdulillah.. Keadaan makin stabil.. Doktor wat CTG and scan..
Little Caliph normal and Mira pun tak rase contraction lagi.. 
Malam tu, doktor pakar decide utk transfer Mira ke wad utk pemantauan..
Huwaaaa :') Memang tak best sebab kena tido sorang kot..
Da biasa tido sebelah Mr Zauj.. Tetibe kena tido sorang..
Little Caliph pun macam faham je yang Ummi die ngah emosi.. Hehehe ;)
Esoknya, Mira rasa makin okay.. Temperature pun da stabil..
Everything normal.. Doktor pun bagi discharge petang tu..
Yaaaayyyy ! Memang berseri-seri muka Mira mase tu..
Sebab dah boring stay dalam wad.. Hehehe :)
Alhamdulillah.. Allah S.W.T kirim ujian buat Mira utk hapus dosa-dosa Mira..
Terima kasih, Ya Allah ! Syukran ! Alhamdulillah.. Syukur..
So, korang enjoylah gambar yg Mira snap sepanjang Mira kat wad ye..
 * Muka tuan tanah kedaung yg pucat sebab demam..
Ade hati lagi nak 'selfie'.. hehehe ;)


* Tunggu turn untuk scan perut.. Rancak berjoget Little Caliph taw..
Hehehe :) Maybe die nak Ummi die taw yg die okay je..


* Lunch di O&G.. Dah kelaparan tahap dewa mase ni..
Sedap tak sedap, belakang citer.. Yang penting, lapar giler.. Hehe ;)


* Rest lepas nurse bagi ubat utk turunkan suhu..
Rase mamai je mase tu.. Huhuhu..


* Now da sampai kat wad.. Kena stay dalam wad plak..
Doktor nak terus pantau Mira.. Maklumlah kan ?
O&G da penuh ngn mommies yg bakal meletup.. Hehehe :)


* Yaaayyyy ! Lunch terakhir dalam wad sebab nak discharge da..
Excited taw mase ni.. Hehehe :)


Okaylah.. Rasenye tu je yang Mira nak bebelkan petang-petang ni..
Last but not least.. Mohon doa kalian ye..
Doakan moga Mira and Little Caliph sentiase sihat dan selamat ok ?
Excited da nak jumpa Little Caliph.. Hehehe :)
Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kami.. Amin amin :')
Hope korang enjoy ye.. May Allah S.W.T bless each one of you..
Amin.. :') Jaga diri.. Jaga solat.. Jaga aurat.. Jaga iman dan jaga ikhtilat..
Jazakallahu khairan kathira.. Maaf atas segala ketelanjuran Mira..
Assalammualaikum wbt :)

♡ Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi Tammim bi khair..Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulitkan..Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan.. Amin amin :') ♡

4 ♡ Comel yang komen ♡
♡ Sesungguhnya Allah S.W.T takkan mengambil sesuatu yg kita sayang tanpa menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita :) ♡

Older | New